IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Wednesday, 14 July 2010

Friday, 9 July 2010

Haluan Siswa: Di manakah intelektual mahasiswa?

Mohd Idham Zainal Abidin
(HD)

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara. Tergambar kegembiraan di wajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat. Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.

Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat ‘gedung keilmuan’ dan keintelektualan. Maka Minggu Haluan Siswa (MHS) yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu Haluan Siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu di mana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Namun, di kampus Universiti Malaya (UM) yang terulung dan menjadi kebanggaan, tradisi tahunan mereka tetap diteruskan. “Cheers” yang kononnya menjadi spirit dan pembangkit semangat mahasiswa baru, stupid debate yang diwar-warkan bertujuan melihat kelantangan mahasiswa berbicara, walhal hakikatnya tidak ubah seperti perbualan kosong dan sia-sia. Hal ini menimbulkan kekecewaan kepada segelintir ibu bapa berhubung pengisian MHS yang langsung tidak intelektual dan menurunkan nilai kemahasiswaan.

Apatah lagi, yang diluahkan oleh seorang ibu kepada mahasiswa Fakulti Bahasa & Linguistik Universiti Malaya, beliau menyatakan rasa terkilan apabila beliau gagal menghubungi anaknya untuk bertanyakan perkembangan terkini. Usai lewat malam, menghampiri jam 1 pagi, baru beliau dapat menghubungi anaknya. Setelah diselidiki, beliau mendapat tahu yang peserta MHS tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang MHS dan program bersama pembantu mahasiswa berlangsung. Beliau dengan rasa terkilan menyifatkan tindakan polisi yang digunakan untuk MHS kali ini tidak wajar, malah menyukarkan ibu bapa berhubung dengan anak mereka.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian Minggu Haluan Siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia” . Ekoran daipada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunsur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia.

Memetik kenyataan Tan Sri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Namun, apa yang berlaku, artis dan model terkenal Malaysia akan menjadi salah seorang juri dalam pertandingan “cheers” di UM. Separuh daripada mahasiwa menyatakan tindakan tidak bersetuju dengan kedatangan Maya Karin yang disifatkan makin menyebabkan mahasiswa mendewakan hiburan melampau yang melalaikan mereka. Mereka menegaskan, ianya akan menimbulkan banyak kemudaratan berbanding kebaikan, apatah lagi untuk mengadili “cheers” yang sememengnya rentak tari kosong yang menjengkelkan.

Di manakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti? Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.

Thursday, 24 June 2010

Pengambilan Guru Wajar Dilaksanakan Terus Oleh SPP - KSN

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Khamis menyarankan supaya proses pengambilan guru perlu dipermudahkan dan dilaksanakan secara terus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Katanya langkah itu wajar kerana pada masa sekarang, semakin ramai siswazah berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berkata melalui cadangan itu, calon guru tidak perlu lagi melalui proses lantikan Kementerian Pelajaran sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

"Tindakan ini boleh dilaksanakan dahulu dalam opsyen tertentu khususnya kepada calon yang mengikuti kursus Diploma Pendidikan di IPTA," katanya ketika menutup Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini Khamis.

"Namun, walaupun proses dipermudahkan, aspek kualiti pastinya tidak boleh ditolak ansur, malah dipertingkatkan lagi," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi SPP Datuk Kusaini Hasbullah.

Mohd Sidek turut menyarankan agar SPP, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mengintegrasikan pangkalan maklumat masing-masing bagi membolehkan ketiga-tiga pihak itu berkongsi maklumat secara pintar.

Misalnya, katanya SPP boleh mengendalikan urusan pengambilan dan perkhidmatan dengan lebih cepat dan cekap kerana maklumat tentang guru-guru pelatih dapat dicapai daripada sistem maklumat Kementerian Pelajaran.

Seterusnya, beliau berkata Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat membuat analisa serta mengambil tindakan yang proaktif berasaskan maklumat yang boleh dicapai daripada sistem maklumat di SPP.

Beliau percaya faedah yang dapat dinikmati oleh ketiga-tiga pihak berkenaan amat besar apabila sistem maklumat kesemua agensi yang menguruskan hal ehwal perkhidmatan pelajaran dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan lancar tanpa sekatan.

"Justeru, diharapkan supaya integrasi sistem maklumat ketiga-tiga pihak akan dilaksanakan dengan segera.

"Dalam hal ini, khidmat nasihat kepakaran yang terdapat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hendaklah digembleng bagi menerajui komitmen mengintegrasikan sistem maklumat SPP dengan kementerian-kementerian yang berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan infrastruktur sehingga ke tahap mega dalam bidang pendidikan perlu difikirkan semula.

Beliau berkata bagi memperkasakan bidang pendidikan, adalah lebih baik tumpuan pembangunan diberikan kepada "software" atau pengisian pendidikan itu sendiri.
-BERNAMA

Monday, 31 May 2010

2:120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #120)

12 rakyat M'sia disahkan di kapal yang diserang Israel

(MK)
Joseph Sipalan
Mei 31, 10
12:51pm

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Sunday, 23 May 2010

Bayar RM 750 ribu...




KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini semalam membayar ganti rugi kepada seniman negara, Datuk Syed Ahmad Jamal Syed Jamil Sahil (gambar) RM750,000 kerana melakukan pengubahsuaian terhadap satu arca tanpa kebenaran seniman itu.

Hakim Datuk Azhar Mohamed juga memerintahkan Datuk Bandar membayar kos undang-undang dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 2003 sehingga selesai pembayaran.

Beliau juga membenarkan permohonan Syed Ahmad Jamal untuk perintah deklarasi yang beliau boleh mencipta arcanya Puncak Purnama/Lunar Peaks di mana-mana tempat lain.

kredit : kosmo.com.my

Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Malaysia

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #219)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #91)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #90)