Followers
Wednesday, 16 February 2011
Tuesday, 15 February 2011
Saturday, 12 February 2011
Sememangnya wujud Profesor Kangkung
Pada mulanya penulis bersangka baik mengenai istilah Profesor Kangkung yang mula dilabelkan dahulu oleh mantan Naib Canselor, Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku A Aziz.
Penulis menyangkakan tentulah dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'. Adat dunia, fitrah manusia selagi ada seketul hati hitam dalam diri manusia yang tidak beriman dan penuh nafsu-nafsi maka wujudlah fenomena hasad dengki, iri hati dan tindas menindas.
Walaupun penulis diberitahu seorang teman namun kerana gerak hati penulis maka penulis memperoleh pengalaman sebenar yang disaksikan sendiri.
Kisahnya bermula pada suatu majlis ilmu di sebuah dewan bertaraf balai raya kampung. Kebetulan para pesertanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.
Muncul seorang sarjana yang kononnya berasa beliau seorang profesor hebat punya PhD dari luar negara berkhidmat pula di sebuah universiti ternama di Malaysia.
Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga.
Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35orang yang berada dalam dewan tersebut.
Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan.
Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'.
Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari.
Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu.
Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:
“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya.
Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya.
Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati.
Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya dan yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.
Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu.
Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya.
*Dr Rajiee Hadi
MK Feb 9, 11
*Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia

Saturday, 22 January 2011
MPSJ, Selangor Darul Ehsan
Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.
Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.
Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.
Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ - dengan syarat mereka beriman sepenuh hati - bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.
Dari situlah terbit rasa 'melawan' dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan 'halal' atau 'harus' berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.
Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.
Dalam bahasa lain, arak 'menghilangkan kewarasan akal'. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khalayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!
Kata nabi: "Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal," (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)
Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.
Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap 'fakir'.
Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan - sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).
Ibnu 'Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:
1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)
(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)
Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.
Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah 'terkandas' sekian lama dalam industri arak ini.
Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.
Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.
Nabi SAW menegaskan: "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (Riwayat Thabrani).
Wallahua'lam

Wednesday, 12 January 2011
Pr Kampus dijangka 17-25 Feb
KUALA LUMPUR,13 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyokong penuh pendirian Pro-Mahasiswa Malaysia (Pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) agar pilihanraya kampus diurus dan dikawal selia oleh mahasiswa sendiri.
Setiausahanya, Mohd Ridzuan Othman berkata, sudah tiba masanya untuk mahasiswa menguruskan sendiri pilihan raya mereka kerana banyak campur tangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sebelum ini menjejaskan demokrasi kampus.
"Mahasiswa telah mempunyai pengalaman pahit yang mencalarkan imej demokrasi kampus dengan campur tangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan peraturan-peraturan ‘nyanyuk’ dan tidak masuk akal.
"Tambahan lagi apabila dilaksanakan Sistem E-Voting yang lebih mengeruhkan ketelusan pilihanraya kampus," katanya kepada Harakahdaily.
Justeru ujarnya, cadangan mahasiswa untuk menguruskan sendiri pilihan raya kampus harus diambil serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak pentadbiran universiti bagi membuktikan demokrasi kampus.
"Seluruh mahasiswa inginkan keadilan dan ketelusan di dalam pilihanraya kampus dan berikan peluang seluas-luasnya buat mahasiswa untuk memilih pemimpin mereka tanpa ada campur tangan daripada pihak-pihak berkepentingan," katanya.
Tambahnya juga, kehadiran pemerhati luar seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga akan melicinkan proses pemurniaan demokrasi di kampus kerana pemerhati ini akan dipertanggungjawabkan untuk menilai samada pilihanraya tersebut telus atau sebaliknya bagi kepuasan calon-calon yang bertanding.
Semalam, Pro-M UPM menyerahkan memorandum timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menuntut supaya pentadbiran universiti memberi peluang kepada mahasiswa untuk menguruskan sendiri pilihan raya kampus.
Memorandum berkenaan juga menggesa supaya mahasiswa dibenarkan menjalankan pilihan raya berkenaan bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.
Pilihan raya kampus dijangka akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina, antara 17 hingga 25 Februari depan.

Guru agama lepasan universiti kurang
KUALA LUMPUR 22 Dis 2010 (UM). - Kekurangan guru agama lepasan Pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara menyebabkan keperluan guru di sekolah-sekolah di pedalaman untuk mengajar mata pelajaran itu tidak dapat dipenuhi dengan baik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keadaan itu lebih ketara di Sabah dan Sarawak kerana kurangnya guru-guru agama yang berasal dari kedua-dua negeri itu.
"Ia menyebabkan bekalan guru agama dari Semenanjung diperlukan untuk menampung keperluan itu," katanya ketika menjawab soalan Senator Pau Chiong Ung di Dewan Negara hari ini.
Chiong Ung mahu mengetahui sebab utama timbulnya masalah kekurangan guru agama di kedua-dua negeri itu dan tindakan yang dilakukan kementerian bagi mengatasi masalah tersebut.
Mohd. Puad berkata, antara punca lain yang menyebabkan kurangnya guru agama adalah kerana graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta.
Beliau berkata, kerajaan sedar tentang masalah tersebut dan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengatasinya termasuk mengadakan program pensiswazahan guru agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).
"Kementerian juga berusaha menambah bilangan guru agama terutama guru Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) secara berperingkat dengan pengambilan seramai 2,000 setiap tahun bermula 2011," katanya.
Katanya, kementerian turut mewujudkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-j-QAF yang akan memulakan pengambilan pada Jun 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)