IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Wednesday 28 July 2010

Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja?

KUALA LUMPUR, 27 Julai:
Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini. Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media. Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik. Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"Penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya. Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula yang menyambut baik pengumuman Mohd Sidek itu berkata, kebenaran itu harus dibenarkan kepada semua pihak, tidak kira mereka menyokong kerajaan atau Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya sudah lama kerajaan benarkan guru terlibat dengan politik. Tapi jangan dibenarkan untuk parti kerajaan sahaja sebaliknya kena diberikan kepada semua terpulanglah kepada mereka untuk menyokong parti politik mana.

"Tidak kisahlah mana-mana ideologi politik. Sebelum ini kita pun tahu walapun mereka tidak dibenarkan berpolitik tapi banyak aktivis mereka (BN) terlibat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu gusar untuk membenarkan guru atau pegawai-pegawai jabatan kerajaan terlibat dalam politik khususnya pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah mengabaikan tugas di tempat kerja atau melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Selama ini kita lihat orang yang terlibat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka orang yang profesional dalam tindakan mereka. Mereka berkerja dengan tekun walaupun kerajaan yang ada ini kerajaan BN. Mereka tidak sabotaj kegiatan atau arahan kerajaan di peringkat pusat," katanya yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga mahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai kesedaran politik sejak awal lagi.

Ujarnya, masalah lambakan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih berpunca daripada tiadanya kesedaran politik sewaktu mereka di kampus.

"Kita harapkan pelajar-pelajar juga dibenarkan untuk terlibat dengan supaya ada satu kesedaran politik di peringkat kampus lagi. Maka tidak timbullah sekarang ini masalah orang muda tidak mahu daftar mengundi kalau mereka diterapkan dengan kesedaran politik sewaktu belajar," katanya.

Sementara itu, nada yang sama turut diutarakan pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik yang mahukan kerajaan telus dalam memberikan kebenaran itu.

"Kita mahu biar peraturan ini jadi satu peraturan yang telus untuk dipraktikkan oleh guru dan rakyat untuk bekerja membantu parti-parti politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang," katanya.

Beliau juga berharap kebenaran itu dimanfaatkan oleh guru-guru untuk memperjuangkan Islam.
"Kita harap kebenaran ini diambil oleh guru-guru bagi memperjuangkan keadilan Islam dalam negara ini. Sebagai guru dia boleh memimpin pelajar dan memimpin masyarakat.

Namun beliau menyuarakan sedikit kebimbangan kebenaran itu digunakan Umno BN untuk kepentingan politik meraka.

Hal ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat guru besar yang ditawarkan untuk memegang jawatan di cawangan dan bahagian Umno.

"Saya mendapat maklumat ada pejabat pelajaran negeri yang pengarahnya pro Umno meminta guru supaya memegang jawatan di cawangan dan bahagian.

"Jadi saya minta kementerian telus dalam memberi kebenaran ini. Jangan digunakan untuk memperalatkan guru untuk kepentingan mereka," katanya.

Hari ini, Mohd Sidek membuat pengumuman bahawa kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. (HD)

...kisah pasir di Selangor...


http://www.malaysiakini.com/news/138590

Pensyarah diseru tumpukan kajian politik

Golongan cendekiawan di institusi pengajian tinggi disaran memberi tumpuan dalam bidang penyelidikan politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata matlamatnya bagi memberikan satu pemikiran baru dalam politik tanah air yang lebih sihat dan segar daripada apa yang ada pada hari ini.

Saifuddin, yang juga pernah menghasilkan buku bertajuk "Politik Baru", berkata cendekiawan IPT perlu menjurus penyelidikan politik mereka kepada kepelbagaian kaum, kesaksamaan gender dan penyertaan mengikut kaum.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Anugerah Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi 2009 di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Beliau berkata kini sebahagian daripada ahli dan pemimpin politik ketandusan idea bernas bagi menguatkan parti selain asyik canggah-menyanggah walaupun idea yang dikemukan itu bernas.

"Sudah tiba masanya ahli politik dan pemimpin politik mengetepikan percanggahan ideologi politik mereka buat seketika dan mendengar pendapat cendekiawan bagi mewujudkan fenomena politik tanah air yang lebih baik," katanya. BERNAMA

Saifuddin: Benarkan mahasiswa berpolitik juga

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Saifuddin berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Cadangannya itu berikutan pengumuman semalam bahawa guru berijazah dibenarkan berpolitik.

“Masa telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik,” katanya.

Menurut Saifuddin, Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya membenarkan pelajar terbabit dengan politik jika mereka mendapatkan kebenaran daripada naib canselor (VC).

“Jika ada klausa yang mengatakan bahawa VC boleh membenarkannya, maka adalah lebih baik membenarkannya secara keseluruhan. Tetapi jika ini menyusahkan, maka lebih baik membuat lebih banyak pindaan,” katanya.

Seringkali pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam kempen politik menyaksikan kelab politik di universiti mereka juga digantung. Mereka juga sukar mendapatkan kebenaran daripada naib canselor untuk bergiat dalam politik.

Langkah bijak

Katanya lagi tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan membenarkan guru berijazah berpolitik adalah langkah bijak kerana ia boleh mengurangkan politik wang di negara ini.

"Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberi peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian," katanya.

Sebagai contoh, Saifuddin berkata apabila guru secara rasmi dilarang berpolitik pada 1993, Umno menyaksikan kemasukan besar-besaran ahli korporat dan usahawan.

“Masanya adalah seperti itu. Seseorang boleh membuat kesimpulan berdasarkan perkara berkenaan,” katanya.

“Politik adalah perkara akar umbi. Terdapat guru lulusan ijazah di seluruh negara, termasuk di kampung. Apabila guru dihadkan daripada berpolitik, cawangan politik kekurangan orang yang berilmu.

“Lagipun kita tidak mempunyai arkitek dan jurutera di setiap kampung,” kata Saifuddin, yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno.

“Saya sentiasa berpendapat tidak membenarkan guru berpolitik adalah satu kesilapan,” katanya lagi.