IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Saturday 31 July 2010

Dasar industri kreatif dibentang sebelum 2011

Kertas kerja mengenai Dasar Industri Kreatif Negara, yang merupakan garis panduan dan hala tuju bagi mengembangkan industri itu, akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian pada masa ini sedang mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak yang berkenaan termasuk pelbagai kementerian, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGOs) dan pemain-pemain industri bagi memastikan dasar itu memberi manfaat kepada semua pihak.

"Kalau diluluskan kita akan dapat satu garis panduan yang mudah diikuti dan memberi manfaat dari segi industri kreatif dan ekonomi yang boleh terbit daripadanya, di samping bakat untuk diserlahkan kepada masyarakat sama ada dalam bidang nyanyian, lukisan, kraf mahupun sinematografi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Universiti
Mulmedia (MMU) ke-11 di Cyberjaya hari ini.

Selain melibatkan pelbagai kementerian, Rais berkata kertas kerja itu akan melibatkan pelbagai aspek termasuk dalam bidang pendidikan, di mana elemen seni tidak harus diabaikan walaupun seseorang pelajar itu berada dalam aliran sains atau kejuruteraan.

"Sebagai contoh, satu daripada ketidakseimbangan ialah tindakan tidak mempedulikan seni dalam aliran sains dan kejuruteraan. Langkah paling baik dalam apa jua disiplin yang anda ceburi ialah dengan menyelitkan sedikit sebanyak seni dan budaya agar tidak hilang indentiti kita," katanya.

Rais berkata filem dan animasi negara di masa akan datang juga harus menggambarkan seni dan budaya masyarakat Malaysia di samping mengambil kira pendekatan saintifik.

Sehubungan itu, beliau berkata kertas kerja itu juga akan mencadangkan agar identiti masyarakat berbilang kaum di negara ini tidak hilang dalam industri seni dan budaya negara.

"Jika kita lihat Amerika, anda tahu kenapa Hollywood itu begitu dekat kepada begitu ramai manusia? Ia adalah kerana mereka tahu cara untuk menyampaikan cerita itu, mengenai apa bentuk kehidupan di Amerika, dan pelbagai ragam suntikan mengenai idea sosial yang mereka ada dan sudah tiba masanya kita fikirkan tentang perkara itu," katanya.

Sebelum itu, Rais menerima Ijazah Doktor Kehormat Sastera daripada Universiti Multimedia (MMU) yang disampaikan oleh Canselor MMU Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis konvokesyen universiti itu.

Mengenai anugerah itu, Rais berkata ia merupakan pengiktirafan dan penilaian yang baik untuk kementerian, yang memainkan peranan secara lansung untuk membantu negara tampil lebih individualistik dan menonjolkan keperibadian bangsa Malaysia menerusi seni budaya.

Selain Rais, MMU turut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains kepada Naib Canselor dan Presiden Taylor's University College Prof Datuk Dr Hassan Said, yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi.

--Bernama

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaianhadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan."Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.--Bernama