IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Wednesday 10 August 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat. Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah diseluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnyamemudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

LOKE MELAHIRKAN KEBIMBANGAN BAHAWA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI DALAM KELAS AKAN TERJEJAS KERANA GURU TERLALU SIBUK UNTUK MEMASUKKAN DATA PEPERIKSAAN KE DALAM SISTEM BERKENAAN. "SEHINGGAKAN ADA GURU YANG SANGGUP MENINGGALKAN PROSES P&P DI KELAS SEMATA-MATA MAHU KEY-IN DATA PEPERIKSAAN KETIKA SISTEM BERKENAAN BERADA DALAM KEADAAN BAIK," KATANYA.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini.

- BERNAMA Ogos , 2011