IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Thursday 26 January 2012

Lima IPTA diberi kuasa autonomi dalam 4 bidang

Lima buah universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia diberi kuasa autonomi dalam usaha menjadi institusi berinovasi dan berdaya saing, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, IPTA berkenaan diberi kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

"Pemberian autonomi ini bertujuan supaya tiada alasan lagi untuk universiti tersebut tidak mencapai kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, mereka mesti ada kuasa autonomi dan tidak terikat dengan kaedah dan peraturan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas majlis amanat Tahun Baru 2012 KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Katanya, dengan pemberian kuasa autonomi, kelima-lima universiti berkenaan mempunyai peluang dan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan bagi memastikan institusi tersebut mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

Walaupun permohonan kemasukan ke IPTA tetap diuruskan oleh UPU, beliau berkata kelima-lima universiti itu diberi kuasa penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

Mohamed Khaled berkata KPT terus memperhalusi kaedah pelaksanaan kuasa autonomi institusi berkenaan agar tidak timbul sebarang pertindihan terutamanya dalam proses pemilihan pelajar.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementerian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Putrajaya semalam berhubung isu penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang dilaporkan akhbar.

"Semalam pegawai kewangan KPT telah membuat laporan polis. Ada beberapa maklumat yang didapati daripada lamanweb menawar untuk menebus baucer-baucer itu. Kita berharap ia dapat disiasat pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan perbuatan beberapa penuntut institusi pengajian tinggi yang menyalahgunakan BR1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah serta menjualnya kepada pihak lain pada harga istimewa menerusi Internet.

- Bernama