IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Wednesday 29 December 2010

...final...garuda vs harimau...




...harimau menang! aggregate 4 - 2. Tahniah!
1. std bukit jalil (garuda 0 - harimau 3)
2. std senayan (garuda 2 - harimau 1)

Thursday 23 December 2010

...boleh ke?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan menteri pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

"Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan menyebabkan Malaysia muflis," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

"Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

"Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran)," katanya lagi.

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

"Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.

"Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.

"Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja
yang membangunkan profesionalisme keguruan," katanya.

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

"Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni

yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

"Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini," katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN.

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

"Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan," tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

"Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi - tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas.

"Baru sekarang, perdana menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara.

"Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

"Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

"Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," tegas Anwar.

Sunday 28 November 2010

Hab hiburan

*Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim (MK)

Merujuk kepada tulisan Yang Dipertua MPMUM bertarikh1 November 2010, pihak MPMUM telah menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Selaku wakil mahasiswa Islam, saya tidak bersetuju dengan pendirian yang dinyatakan oleh beliau kerana secara konsepnya penubuhan hub hiburan malam adalah secara jelas akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada perkembangan sosial negara dan bertentangan dengan perintah agama serta tidak akan mampu memacu Program Transformasi Ekonomi (ETP) buat jangka masa yang panjang.

Dalam tulisan tersebut, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan hub hiburan malam sebagai salah satu elemen dalam memperkasa sektor pelancongan yang dapat memberi keuntungan yang mencecah RM1.8 billion sekiranya berjaya dilaksanakan nanti.

Namun hakikatnya keuntungan yang dinilai secara langsung daripada perolehan dalam sektor ini sebenarnya tidak bersifat menyeluruh dan belum mengambil kira perbelanjaan balas yang bakal ditanggung hasil implikasi-implikasi negatif yang akan timbul dalam bidang sosial hasil pelaksanaan hub hiburan malam ini.

Bahkan jika dinilai kembali, kerugian yang lebih besar daripada nilai keuntungan tersebut yang akan ditanggung negara untuk merawat kebejatan sosial dan jenayah yang akan timbul sekiranya hub hiburan malam dilaksanakan.

Perkara sebegini seharusnya difahami dengan melihat kesan jangka panjang iaitu apabila hub hiburan malam ini dilaksanakan, unsur-unsur negatif akan dibawa masuk secara langsung dan pembudayaannya diperkasakan secara tidak langsung.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan kemunculan pesta-pesta malam yang sudah tentu tidak terlepas daripada penjualan minuman keras akan menambahkan lagi penyakit barah sosial dalam masyarakat.

Umum mengetahui kesan buruk yang akan dialami daripada senario sebegini dan itu belum lagi ditambah dengan kemunculan pusat-pusat judi yang dihalalkan atau diberi permit secara sah untuk menghidupkan hiburan malam seperti mana yang telah berlaku dan dibiarkan berlaku di Genting Highlands.

Maka menerusi tersebarnya wabak judi ini, penderaan terhadap anak dan isteri, krisis hutang dengan along dan banyak lagi masalah sosial yang timbul secara tidak langsungnya akan membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, kekacauan institusi sosial dan juga kebejatan akhlak masyarakat.

Sudah tentu perbelanjaan yang diperlukan untuk memperbaiki masalah ini lebih besar daripada keuntungan yang dimiliki kerana untuk memakmurkan ekonomi sesebuah negara, kita memerlukan tenaga kerja atau sistem sosial yang stabil secara keseluruhannya.

Sementara itu, berkenaan citarasa rakyat Malaysia yang inginkan hiburan, saya berpendapat bahawa garis panduan yang jelas serta mengikut syariat Islam dan nilai-nilai ketimuran yang disepakati sejagat oleh masyarakat yang mengamalkan budaya timur di Malaysia perlulah dipertimbangkan dan dijadikan haluan dasar kepada jenis-jenis hiburan yang boleh dilaksanakan.

Hub hiburan malam secara jelasnya masih lagi belum diperincikan secara nyata, namun bibit-bibit kepada jenis hiburan yang akan dilaksanakan jelas dibuktikan melalui beberapa aktiviti hiburan yang tidak sihat, tidak menepati syariat dan juga melanggar adab-adab ketimuran.

Ini dapat disaksikan menerusi beberapa konsert hiburan yang menampilkan artis Barat yang tidak menepati citra ketimuran telah dianjurkan dalam negara.

Paling kontroversi adalah konsert Adam Lambert yang merupakan seorang pengamal homoseksual. Maka, bagaimanakah pula dengan hala tuju hub hiburan yang dicanangkan itu nanti?

Dalam pada itu, saya juga melihat hujah yang agak tidak rasional diberikan oleh beliau yang menyatakan bahawa rakyat tidak mempunyai tempat untuk berhibur akan menggalakkan budaya lepak jalanan dan pembukaan pusat-pusat hiburan haram. Hakikatnya, hiburan yang dikehendaki oleh rakyat bukanlah yang bersifat sedemikian rupa.

Apatah lagi yang berbentuk hiburan malam yang secara langsung menggalakkan budaya hedonisme melampau. Hiburan yang dikehendaki oleh majoriti rakyat Malaysia yang berpegang kepada budaya timur adalah bentuk hiburan yang mendidik dan bertatasusila dan bukannya hiburan bebas yang diambil sebulat-bulatnya dari Barat.

Kenyataan beliau itu juga sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada intelek dan ketokohan mahasiswa untuk berfikir secara rasional dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama dan budaya timur.

Akhir sekali hujah berkenaan kemampuan hub hiburan malam untuk menurunkan kejadian jenayah merupakan hujah yang tidak logik dan amat kontradik dengan kesan sebenar yang akan timbul daripada penubuhan hub hiburan malam ini.

Secara rasionalnya sudah pasti kewujudan hub hiburan malam ini akan meningkatkan lagi kadar jenayah terutama di waktu malam. Apabila semakin ramai orang keluar untuk berhibur di waktu malam, maka peluang untuk aktiviti mencuri, merompak, menyamun, berzina, merogol dan membunuh menjadi semakin mudah untuk dilakukan.

Sudah pasti golongan berada menjadi sasaran untuk penyamun dan perompak ini di tengah malam. Sementara itu, golongan wanita yang berhibur di waktu malam pula berpotensi menjadi mangsa rogol.

Lantaran itu, hub hiburan malam pada hakikatnya akan meningkatkan lagi kadar jenayah dan bukannya menurunkan kadar jenayah apatah lagi jika kita mengambil kira kesan daripada penggunaan alkohol dan pil-pil dadah dalam aktiviti hiburan terutamanya di kalangan anak muda.

Kemalangan akan meningkat serta pergaduhan jalanan juga akan meningkat yang seterusnya akan membawa kepada jenayah berat. Secara amnya, impak negatif daripada hub hiburan malam ini begitu menakutkan dan mampu merosakkan masa depan negara.

Sebagai renungan, kekuatan ekonomi sesuatu negara bergantung kepada kekuatan dan kestabilan sosial masyarakatnya. Hub hiburan malam hanyalah satu idea penyelesaian jalan singkat kepada transformasi ekonomi yang sebaliknya akan menggagalkan matlamat pengukuhan ekonomi itu sendiri untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, pendirian PKPIM adalah jelas, bahawa hub hiburan malam akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada perkembangan sosial negara dan bertentangan dengan perintah agama serta tidak mampu memamcu Program Transformasi Ekonomi (ETP) buat jangka masa yang panjang.

Cadangan saya agar pihak kerajaan memperhalusi kembali berkenaaan soal ini supaya transformasi ekonomi yang ingin dilakukan mestilah memberi sumbangan secara menyeluruh kepada negara termasuklah kepada masyarakatnya. Pembinaan sosial teras kemajuan negara. Keruntuhan institusi sosial membawa kepada kehancuran negara.

*Penulis adalah exco pendidikan dan penyelidikan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Thursday 11 November 2010

Lauren Booth...


Lauren Booth . . .’Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan’.

Dah masuk lima tahun sejak pertama kali melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas menengah terhadap golongan wanita Islam yang miskin, wanita yang saya anggap lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam. Sebagai seorang wanita barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia Islam?

Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.

Dalam perjalanan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa. Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka. Percaya atau tidak, wanita Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos kepada suaminya di pejabat.

Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam di seluruh dunia. Sehinggakan dalam perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan hak-hak wanita.

Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21. Sudah tentu, kita juga perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya Tuhan. Banyak amalan dan undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak. Malangnya, perjuangan hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.

Perjalanan saya kepada Islam bermula apabila disedarkan dengan jurang yang wujud antara apa yang diceritakan kepada saya tentang kehidupan Muslim – dan realiti sebenarnya.

Saya mula kagum dengan ketenangan yang ada pada kebanyakan mereka. Tidak semua. Tapi ramai sekali. Dan semasa lawatan saya ke sebuah masjid di Iran September lepas, apabila jamaah mengambil wudhuk, berlutut dan membaca bacaan dalam sembahyang mengingatkan saya tentang apa yang dipandang oleh barat adalah sesuatu yang berbeza sama sekali; satu golongan yang menolak keganasan dan memilih kedamaian dan kasih-sayang melalui meditasi secara diam (sembahyang). Satu agama yang kelihatan sama seperti yang dianuti oleh bintang filem seperti Richard Gere, yang lebih mudah diterima masyarakat jika anda membuat pengakuan menganutnya – Buddhisme. Sebenarnya, setiap posisi rukuk, duduk dan sujud dalam sembahyang cara Islam diisi dengan bacaan-bacaan yang bermaksud kesejahteraan dan keredaan. Setiap satunya bermula dengan, “Bismillahir rahmaneer Raheem” – “Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang” – dan berakhir dengan ucapan “Assalamu Alaykhum wa rahmatullah” – Sejahtera atas kamu dan kasih-sayang Tuhan.

Secara tidak disedari, saya telah mula menyebut “Ya Allah” menggantikan lafaz biasa “Ya Tuhan” dalam sembahyang sejak tahun lepas. Kedua-duanya, sudah tentu, membawa maksud yang sama, tetapi bagi seseorang yang baru memeluk Islam, bahasa yang begitu asing digunakan dalam sembahyang dan dalam kitab al-Quran mungkin menjadi halangan besar. Saya dapat melepasi halangan tersebut tanpa saya sedari. Kemudian barulah datang satu tarikan perasaan: iaitu perasaan kasih sesama Islam dan rasa keterbukaan yang cukup tinggi. Itulah apa yang saya rasai.

Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan.

Kenapa kita tidak hebohkan secara terbuka, berpelukan sesama kita, sambil berkata “saya sayangkan awak” kepada seorang rakan baru, tanpa ada perasaan ragu-ragu dan sikap untuk memperlecehkannya? Berlainan dalam masyarakat Islam, saya akan melihat emosi dikongsikan dalam rumah-rumah bersama-sama bekas yang penuh dengan gula-gula dan berfikir, jika undang-undang Allah berdasarkan kepada ketakutan semata-mata, kenapa teman-teman Muslim yang saya sayangi dan hormati itu tidak mengenepikan amalan mereka dan mulai minum alkohol, untuk menikmati “kegembiraan” sama seperti kita yang di barat lakukan? Dan memang kita lakukan begitu, bukan?

Akhirnya, saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh Muslim apabila berada dalam sembahyang yang sebenar: terpahat keharmonian manis, kegembiraan kerana bersyukur atas apa yang saya miliki (anak-anak saya - gambar atas) dan selamat dalam ketentuanNya sehingga saya tidak memerlukan apa-apa lagi. Saya bersembahyang di kompleks pemakaman Mesumeh (gambar) di Iran selepas membersihkan muka, lengan, kepala dan kaki dengan air. Dan segalanya berubah selepas itu.

Sheikh yang mengislamkan saya di sebuah masjid di London beberapa minggu yang lalu memberitahu saya: “Jangan terburu-buru, Lauren. Lakukan apa yang kamu rasa mudah. Allah sedang menunggu kamu. Jangan dihiraukan mereka yang berkata: awak mesti buat begini, pakai begitu, mempunyai rambut seperti ini. Ikutlah naluri kamu, ikut al-Quran – dan biarkan Allah memimpin kamu..”

Dan sekarang saya hidup dalam dunia realiti yang mempunyai persamaan dengan watak Jim Carey dalam Truman Show. Saya menyedari satu penipuan besar iaitu tentang kepalsuan dalam kehidupan moden kita; bahawa materialisme, konsumerisme, seks dan dadah akan membawa kebahagian yang berpanjangan. Saya juga berada di belakang skrin dan melihat wujudnya kasih-sayang, kedamaian dan harapan. Buat masa sekarang, saya teruskan kehidupan harian, memasak untuk makan malam, membuat program TV tentang Palestin dan Ya, mengerjakan solat selama lebih-kurang setengah jam sehari.

Sekarang, waktu pagi saya bermula dengan sembahyang subuh pada pukul 6 am, sembahyang lagi pukul 1.30pm, kemudian yang terakhir pukul 10.30pm. Pembacaan Quran saya juga konsisten dan ada peningkatan hari demi hari (lebih kurang 200 mukasurat). Saya sering mendapatkan nasihat dari Ayatollah, imam dan sheikh, dan setiap mereka memberitahu bahawa perjalanan seseorang menuju kepada Islam adalah haknya. Ada yang menghafal teks sebelum memeluk Islam; bagi saya pula, pembacaan kitab suci akan dilakukan secara perlahan mengikut kemampuan saya.

Pada masa lepas, usaha saya untuk berhenti mengambil alkohol selalu berakhir dengan kegagalan; sejak memeluk Islam saya tidak pernah terfikir pun untuk minum semula. Saya tidak ragu-ragu lagi bahawa inilah sebenarnya kehidupan: banyak lagi tentang Islam yang perlu saya pelajari, nikmati dan sanjungi; Saya tewas dengan kehebatannya. Beberapa hari lepas, beberapa wanita saudara baru memberitahu saya bahawa yang ini hanya baru permulaan, dan perasaan seperti itu masih mereka rasai walaupun setelah 10 atau 20 tahun memeluk Islam.

Akhir sekali, saya berharap untuk menterjemahkan antara budaya Muslim dan budaya media yang mungkin boleh menghilangkan rasa terkejut anda semua terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini.

Apabila berita BBC menayangkan gambar orang Islam berteriak “Allahu Akhbar!” di Timur Tengah, kita orang barat pula dilatih untuk mendengar seperti ini: “Kami benci kamu semua warga Britain, dan kami dalam perjalanan untuk meletupkan diri kami di supermarket Lidl semasa kamu sedang membeli belah di sana.”

Sebenarnya, apa yang kami orang Islam katakan adalah “Tuhan Maha Besar!”, dan kami sedang menenangkan perasaan sedih selepas kampung-kampung kami diserang tentera bukan-Islam. Biasanya, perkataan ini mengisytiharkan keinginan kami untuk hidup aman bersama orang Islam dan bukan-Islam. Kalaulah itu sukar dicapai dalam suasana dunia hari ini, maka membiarkan kami hidup aman damai dalam masyarakat kami pun sudah memadai.

rm65juta sahaja...

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Fakta kos pengubahsuaian:
2011: RM19.5 juta
2012: RM45.5 juta

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

24 + 6 + 65 = RM95 juta sahaja.

Sumber: HD, 11/11/2010

Wednesday 27 October 2010

Hab Hiburan Malam

Negara ku Malaysia: Hab Hiburan Malam akan terus disuburkan dan dibudayakan di bumi bertuah ini.

Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2010, kerajaan akan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan negara.

'Hantu' mana curi wang zakat kita?


Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.
(MK)

Monday 25 October 2010

Pendidikan Seni Kamboja

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri


Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

Saturday 16 October 2010

Friday 15 October 2010

Sistem pendidikan dirombak

2010/10/16
Peruntukan RM6.4 bilion bentuk daya fikir, sahsiah, kreativiti pelajar

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Sejumlah RM213 juta diperuntukkan sebagai ganjaran sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada pengetua atau guru besar dan guru cemerlang, katanya.

Bagi memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

“Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

“Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar yang kompiten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran,” katanya.

Sebanyak RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

“Kerajaan bersetuju mengambil 375 guru penutur jati, antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris,” katanya.
–Bernama

Fikh Kerahsiaan Wanita



Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menepati takhta keistimewaannya yang tersendiri.Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi.Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan sejagat,malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat.Tidak hairanlah,dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik,Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah r.a.,seorang "ikon" pejuang kemurniaan peribadi wanita,merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas,buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah r.a. dalam merungkai permasalahan wanita,namun buku ini bertindak senagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat syumul Islam,secara tersusun,ringkas tetapi padat. InsyAllah.

Penulis : Dr.Saadudin Mus'ad Hilali
Terjemahan : Fauwaz Fadzil
Terbitan : Pelima Media Sdn Bhd

1. Mukasurat ~ 184 ms
2. Kulit Depan ~ Kulit Lembut
3. Saiz ~ 5.95in x 8in
4. Warna ~ Kandungan Bertulis Hitam Putih
5. Berat ~

* 1 naskah ~ 0.3 kg
* 10 naskah ~ 3.0kg
* 100 naskah ~ 30 kg

Buku 'wajib' dimiliki wanita
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)".

Begitulah hendaknya bagi wanita-wanita Islam yang lainnya, tidak kira bangsa, warna kulit mahupun bangsa mereka mesti mencontohi kegigihan wanita dari golongan Ansar ini. Sebagaimana perintah dari ayat hadis yang sangat popular, Tallabu ilmi faridhatun 'ala kulli muslim! (Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi Muslim)

Perkara-perkara agama di sini, tidak perlu dilihat dalam perspektif yang sempit. Ini kerana ia mencakupi apa juga tajuk selagi ia memberikan manfaat kepadanya dunia dan akhirat.

Bagi wanita Islam itu sendiri, mereka perlu mengenali diri mereka sendiri baik dari aspek bentuk fizikal sehinggalah hak-hak yang mereka harus nikmati dalam hidup ini.

Maka dengan adanya buku yang sebaik ini, iaitu Fikh Kerahsiaan Wanita, tugas untuk mengenali diri kaum ini menjadi lebih mudah. Ya, buku ini tidak sahaja sasaran pembacanya kepada kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki pun, jika mereka membaca buku ini adalah lebih baik lagi.

Tidak dinamakan lelaki itu sebagai pemimpin yang baik kepada keluarga misalnya, jika tidak mengetahui apa juga permasalahan orang yang dipimpin dalam keluarganya itu, iaitu terutama isteri dan anak-anak perempuan.

Penulis buku ini merupakan Profesor Fikh Perbandingan, di Universiti al-Azhar, Mesir yang pada kulit buku ini dirangkumkan makna mengenai tajuk buku ini, iaitu: "…memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan 'dalaman' yang difahami oleh setiap wanita mukalaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya mengenainya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati!"

Sedangkan tidak perlu malu sebagaimana mengambil pengajaran hadis, iaitu: "Ummu Sulaim isteri kepada Abu Talhah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran, adakah menjadi kewajipan ke atas seorang wanita untuk mandi wajib apabila dia bermimpi (basah?) Lalu Nabi pun menjawab: "Ya (wajib mandi) apabila melihat air mani keluar".

Begitu pun jika masih malu maka buku ini adalah terbaik untuk dijadikan rujukan utama kerana mungkin yang paling terjawab adalah dalam bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam semua aspek perundangan dan peraturan dalam Islam.

Tetapi mujurlah anak ulama terkenal negara, Allahyarham Fadzil Noor, Ahmad Fauwaz mengambil inisiatif yang sangat besar menterjemahkan tulisan pensyarah beliau ini ke Bahasa Malaysia. Beliau disifatkan sebagai anak yang taat kepada Dr. Saadudin di samping pelajar yang menghargai ilmu dan para ulama.

Ahmad Fauwaz mahu memastikan ilmu gurunya itu dapat disebar luaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca seantero Asia Tenggara yang rata-rata bahasa ibundanya, Melayu.

Moga usaha Ahmad Fauwaz ini akan dicontohi oleh lebih ramai cerdik pandai demi menyedar dan memajukan ummahnya sendiri.

Buku ini dikatakan lengkap kerana ia begitu menyentuh setiap aspek hukum hakam membabitkan maslahah wanita Islam.

Walaupun dalam lingkungan 184 muka surat tetapi ia sarat dengan pelbagai perbincangan penting mengenai aurat-aurat wanita yang ada padanya pelbagai fiqh dan hukum yang wajib diketahui.

Dibahagikan kepada lima bahagian atau topik utama, iaitu;

* Hukum Bersuci, aurat dan berkhatan terhadap faraj wanita - menyentuh soal lelehan (discharge) faraj, aurat faraj dan khatan wanita.

* Hadas-hadas yang keluar melalui faraj - menyentuh hadas wuduk, hadas junub dan hadas dari darah-darah yang keluar (seperti haid, nifas dan istihadah)

* Hukum bersetubuh - menyentuh bersetubuh ketika wanita hamil dan hukum azal,

* Hukum-hukum berkaitan dengan wanita hamil, idah (cerai hidup mahupun mati) dan menggugurkan kandungan kehamilan.

* Hukum melakukan jenayah ke atas kemaluan wanita.

Topik-topik tersebut sangat relevan dengan kehidupan seharian seorang wanita dan malangnya ramai yang tidak mengetahui.

Ini termasuklah adakah mereka jelas mengenali perbezaan air mani, air mazi dan lain-lain jenis lelehan yang keluar, adakah dengan menyentuh faraj wanita lain, wuduk seseorang wanita itu turut terbatal?

Pelbagai persoalan mengenai darah haid, nifas dan darah-darah penyakit yang sering menimbulkan pelbagai kemusykilan kepada kaum wanita (dan kaum lelaki juga perlu ketahui).

Apa itu al Ghilaah, pembahagian atau jenis-jenis idah sehinggalah adakah wanita yang mati dalam keadaan hamil disifatkan sebagai mati syahid?

Segala persoalan mengenai wanita dijadikan maklumat-maklumat yang sangat penting dan menarik dalam buku ini.

Jaminan pemahaman 100 peratus terhadap pembaca sehinggakan tidak perlu merujuk secara bersemuka dengan yang pakar tidak dapat diberi.

Namun, sekurang-kurangnya ia memberi asas pengetahuan yang kuat malah mereka yang membaca buku ini pasti mampu menyebar atau berkongsi maklumat kepada kaumnya sendiri.

Tetapi jika dapat memanjangkan persoalan untuk dirujuk kepada yang lebih pakar adalah lebih baik. Ini kerana yang menulis mungkin tidak memahami sesetengah perkara yang membezakan wanita Islam mengikut negara.

Wanita di Malaysia mungkin tidak sama persoalan dan masalah yang mereka hadapi berbanding wanita Islam di Mesir misalnya.

Persoalan mengenai aurat-aurat wanita ini tidak boleh dianggap enteng. Ini kerana Islam sangat memartabatkan golongan wanita berbanding sesetengah masyarakat lain yang melihat wanita sebagai golongan rakyat kelas kedua, tanpa dipedulikan segala permasalahan mereka sehinggakan untuk menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak dianggap tidak layak!

Abu Jahal

ABU Jahal atau namanya yang sebenar adalah Abu Hakam bin Syams. Beliau adalah pemimpin Quraisy yang sangat kuat dalam menentang usaha Rasulullah SAW untuk menyebarkan Islam.

Beliau mendapat gelaran Abu Jahal kerana sikapnya yang jahil dengan kebenaran.

Apabila beliau mendengar bahawa Rasulullah serta umat Islam di Madinah cuba menyekat kafilah Abu Sufian, beliaulah orang yang paling lantang mengapi-apikan permusuhan kaumnya dengan Rasulullah.

Abu Jahal selalu memaki dan memburuk-burukkan Rasulullah di hadapan kaumnya. Beliau sangat sombong dan selalu bercakap besar.

Beliau pernah berkata bahawa, beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan kembali sebelum tiba di Badar.

Mereka akan tinggal di sana selama tiga hari tiga malam, berpesta dengan riang ria sambil memotong kambing dan meminum khamar (arak), serta dihiburkan dengan syair-syair merdu yang dinyanyikan oleh wanita-wanita yang dibawa oleh mereka.

Semasa dalam Perang Badar, beliau dikawal oleh tentera-tentera yang ditugaskan khas untuk mengawalnya.

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan bahawa telah datang kepadanya dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru dan Muawiz bin Afra bertanyakan perihal Abu Jahal. Lalu ditunjukkan kepada mereka kedudukan Abu Jahal.

Berlakulah pertembungan yang sengit antara kedua-dua pemuda itu dengan Abu Jahal. Muaz terus memukul dan memenggal separuh daripada kaki Abu Jahal.

Tiba-tiba anak Abu Jahal telah menetak sebelah tangannya sehingga terkulai, lalu Muaz mengheret tangannya yang tergantung itu dan ditanggalkan terus daripada badannya.

Muaz pun terus mengasak Abu Jahal dengan pedangnya sehingga terhumban jatuh dan hampir menemui ajal. Sementara Muawiz pula terus berperang sehingga gugur sebagai seorang syahid.

Setelah selesai peperangan, Rasulullah memerintahkan orang-orang Islam supaya mencari Abu Jahal. Akhirnya Abdullah bin Mas'ud menjumpai Abu Jahal yang ketika itu masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggut beliau lalu memenggal kepala Abu Jahal dan dibawa ke hadapan Rasulullah.

Lalu baginda pergi ke tempat jasad Abu Jahal yang tersadai itu dan berkata, "Inilah dia Firaun umat ini".

Melihat kepala Abu Jahal itu maka, Rasulullah SAW pun turun dari tunggangan baginda. Rasulullah mengadakan sujud syukur serta memuji kebesaran Allah SWT apabila musuh nombor satu Islam itu akhirnya mati di tangan tentera Islam.

Kematian Abu Jahal bermakna lumpuhnya kepimpinan kaum Musyrikin Quraisy Mekah. Sehingga kini nama Abu Jahal masih disebut-sebut sebagai orang yang menjadi musuh Rasulullah. Begitulah tragisnya kematian Abu Jahal di tangan tentera Muslimin.
(UM)

Fakta Abu Jahal
-pemimpin Quraisy
-menentang (musuh) Rasulullah SAW dan umat Islam
-jahil dengan kebenaran
-mengapi-apikan permusuhan
-memaki dan memburukkan Rasulullah
-sangat sombong
-selalu bercakap besar
-suka berpesta
-meminum khamar (arak)
-suka dihiburkan (nyanyian oleh wanita-wanita)
-digelar Firaun

Intipati Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

- (BERNAMA)

PTK mansuh

Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, PTK akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

Beliau menegaskan demikian ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Keputusan itu dibuat dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam.

Katanya, penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan.

"Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik, wawasan negara akan hanya tinggal sekadar matlamat murni", tegas perdana menteri.

Rasa tidak puas hati berkaitan PTK tidak sahaja bangkit dari kakitangan bawahan, malah sehingga peringkat pegawai kanan kerajaan.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu PTK dikaji semula termasuk dari segi kenaikan pangkat dengan tidak hanya mengutamakan mereka yang lulus cemerlang tahap empat sahaja.

Sebaliknya, Presidennya, Omar Osman dilaporkan berkata penjawat awam yang lulus tahap tiga namun berpengalaman dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, juga perlu diberikan keutamaan untuk kenaikan pangkat.

Katanya, ini kerana sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat. (MK)

Sunday 10 October 2010

Format baru PMR baik untuk sistem pendidikan

(UM)
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Keputusan Kementerian Pelajaran tidak meneruskan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam format sekarang tetapi diubah kepada format baru melalui penilaian berasaskan sekolah merupakan langkah yang baik untuk masa hadapan sistem pendidikan negara.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, langkah untuk sangat tepat dengan keperluan semasa.

Katanya, tindakan mengekalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek juga perlu bagi menguji tahap pencapaian murid di sekolah rendah sebelum beralih ke sekolah menengah.

"Saya bersetuju UPSR dikekalkan tetapi kita tidak boleh semata-mata berharap kepada UPSR untuk mengukur pencapaian murid sekolah rendah, sebaliknya satu sistem pelaksanaan ujian yang dikendalikan oleh guru sekolah harus diterapkan.

"Justeru, kita perlu melahirkan golongan guru yang mampu melaksanakan satu sistem ujian di sekolah yang setaraf dengan UPSR bagi mengimbangi perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara menjelang 2016," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut menyambut baik cadangan tersebut dan menganggap ia satu resolusi baru kepada pembangunan sistem pendidikan negara.

Katanya, ia langkah yang positif daripada pihak kerajaan dan berharap sistem pendidikan negara akan lebih stabil selepas ini.

Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar pula meminta kerajaan memastikan kurikulum yang seragam dilaksanakan berikutan pembaharuan dalam sistem peperiksaan berkenaan.

"Satu sistem yang lebih memberi penekanan kepada aspek amali perlu dilaksanakan berbanding mementingkan teori seperti yang terdapat dalam PMR sebelum ini," katanya.

Format baru PMR baik untuk sistem pendidikan

(UM)
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Keputusan Kementerian Pelajaran tidak meneruskan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam format sekarang tetapi diubah kepada format baru melalui penilaian berasaskan sekolah merupakan langkah yang baik untuk masa hadapan sistem pendidikan negara.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, langkah untuk sangat tepat dengan keperluan semasa.

Katanya, tindakan mengekalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek juga perlu bagi menguji tahap pencapaian murid di sekolah rendah sebelum beralih ke sekolah menengah.

"Saya bersetuju UPSR dikekalkan tetapi kita tidak boleh semata-mata berharap kepada UPSR untuk mengukur pencapaian murid sekolah rendah, sebaliknya satu sistem pelaksanaan ujian yang dikendalikan oleh guru sekolah harus diterapkan.

"Justeru, kita perlu melahirkan golongan guru yang mampu melaksanakan satu sistem ujian di sekolah yang setaraf dengan UPSR bagi mengimbangi perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pendidikan negara menjelang 2016," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut menyambut baik cadangan tersebut dan menganggap ia satu resolusi baru kepada pembangunan sistem pendidikan negara.

Katanya, ia langkah yang positif daripada pihak kerajaan dan berharap sistem pendidikan negara akan lebih stabil selepas ini.

Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar pula meminta kerajaan memastikan kurikulum yang seragam dilaksanakan berikutan pembaharuan dalam sistem peperiksaan berkenaan.

"Satu sistem yang lebih memberi penekanan kepada aspek amali perlu dilaksanakan berbanding mementingkan teori seperti yang terdapat dalam PMR sebelum ini," katanya.

As-Syahid Sayyid Qutb

As-Syahid Sayyid Qutb (29 Ogos 1966-29 Ogos 2010)

Ramadhan dinobatkan sebagai bulan pengampunan, bulan Al Quran juga bulan jihad dan pelbagai gelaran yang mengambarkan kebesaran dan kemuliaan penghulu bulan ini.Ramadhan tahun ini yang berlangsung di bulan Ogos juga tidak sepi daripada peristiwa penting di langit sejarah, antaranya pembunuhan kepada tokoh besar perjuangan Islam di abad moden iaitu Syed Qutb.

Syed Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke 20. Sejak kematiannya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam.

Nama sebenar Sayyid Qutb ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali dan beliau berasal daripada keluarga yang berada dan dihormati di kampungnya di Moshah dalam wilayah Assyut di hulu Mesir. Beliau dilahirkan daripada rahim seorang muslimah yang menyintaiAl Quran. Ayahnya sangat mementingkan soal agama dan telah memberikan pengaruh kehidupan beragama yang sangat besar terhadap Syed Qutb kemudiannya.Oleh kerana asuhan keluarganya yang menitik beratkan pendidikan Al-Quran, maka Syed Qutb semenjak kecil lagi telah mengahafal Al-Quran dan beliau telah menghabiskan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Dalam usianya 14 tahun, beliau telah berangkat ke Kaherah untuk menyambung pelajarannya dan beliau mendapat pendidikan tinggi di Darul Ulum. Beliau mengambil kursus-kursus Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Ulum Al-Syariah, Sejarah dan Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1933, Syed Qutb telah berjaya menamatkan pendidikannya di Darul Ulum dengan mendapat Ijazah sarjana Muda & Diploma Pendidikan.

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai guru di Bani Suif dan telah menceburi bidang kesusasteraan kerana minat beliau dalam bidang ini begitu mendalam. Syed Qutb adalah seorang penulis yang prolifik. Selain daripada menulis tentang tafsir Al-Quran, beliau telah mengarang sebanyak 24 buah buku serta banyak menyumbang karya-karyanya kepada majalah terutama majalah Ar-Risalah. Syed Qutb pernah dihantar oleh Kerajaan Mesir ke Amarika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan tinggi di sana. Kehidupannya di Amarika walaupun singkat, telah memberi Syed Qutb beberapa pengalaman hidup dan pengajaran yang sangat penting seperti melihat prejudis kaum yang dahsyat di Amerika dan juga sokongan Amerika kepada penubuhan Israel yang cukup menyentuh perasaan Syed Qutb.

Kebejatan nilai dan keruntuhan akhlak serta tamadun kebendaan masyarakat Barat telah memberikan Syed Qutb satu pandangan semula tentang paradigma perjuangan, beliau merasa mual dengan tamadun Barat yang kosong spiritual. Beliau mula rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Syed Qutb telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai pendidikan apabila balik semula ke Mesir dan telah menyetai Ikhwanul Muslimin. Di awal penggabungannya dengan Ikhwan, sesuai dengan bakat dan kebolehannya dalam penulisan, beliau telah banyak menulis topik-topik berkaitan dengan Islam serta membandingkan dengan Ideologi-ideologi seperti komunis, sekular, fahaman kebangsaan dan kapitalisme. Beliau telah memperkenalkan Islam sebagai alternatif kepada kegagalan ideologi dan tamadun Barat.

Syed Qutb telah ditahan bersama-sama dengan ahli-ahli Ikhwan yang lain termasuk Zainab al Ghazali, Fattah ismail, Hamidah Qutb, Kamal saniri pada tahun 1954 apabila telah dituduh merancang untuk membunuh Gamal Abdul Nasser dan ternyata tuduhan ini adalah sangat jahat untuk menghalalkan kejahatan regim Mesir. Beliau telah dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat selama 15 tahun. Dalam penjara inilah beliau telah menghasilkan karangannya tentang tafsir Al-Quran dan beberapa buah buku lain. Penjara tidak pernah mematahkan daya juang dan semangat yang ada pada dirinya untuk menyatakan kebenaran, jeriji penjara adalah nyanyian bisu yang melantunkan api semangat dan pencerahan. Setelah 10 tahun di dalam penjara, Abdul A’rif Al-Salam iaitu Presiden Iraq telah merayu kepada Gamal Abdul Nasser untuk membebaskan Syed Qutb dan beliau telah dibebaskan.

Beliau tidak serik untuk berdakwah dan meninta ilmu untuk mencerahkan akal manusia terutama beliau adalah ikon kepada aktivis muda Ikhwanul Muslimin. Regim Mesir dengan seluruh kekuatan aparat keamanan sentiasa mengintai pergerakan beliau dan teman-temannya.

Syed Qutb sekali lagi ditahan iaitu tidak sempat setahun setengah daripada tahun pembebasannya sebelum itu. Kali ini bukan untuk menerima hukuman penjara tetapi hukuman gantung sampai mati bersama-sama dengan 2 orang rakannya yang lain. 29 Ogos 1966 , menyaksikan kesaksian sebuah ikrar perjuangan sang mujahid dakwah, beliau tidak mahu merayu diatas hukuman yang telah dijatuhkan. ‘Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur’ ujar Syed Qutb berpesan kepada kita semua, ‘ kebenaran walaupun kelihatan lemah namun ia akan muncul’ . Semboyan kebenaran akan terus memekik dan mencabar kezaliman thaghut di sepanjang zaman.

Riduan Mohamad Nor (HD) ialah pendakwah dan penulis

Asbestos: Debu pembunuh senyap

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebimbangan berhubung keracunan asbestos telah ditimbulkan di dalam media cetak tempatan dan sememangnya ia benar!

Bahan serat yang berlaku secara semula jadi ini dengan ketahanan terhadap haba panas dan api telah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia di Negara Barat dan seberapa boleh yang mungkin hendaklah dielakkan sama sekali.

Mereka yang bekerja dengan asbestos berisiko mengalami kanser paru-paru, asbestosis, mesothelioma dan kematian akibat penyakit pernafasan. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100,000 pekerja mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan asbestos. Manakala beribu lagi terkorban daripada pendedahan dalam alam sekitar.

Serat asbestos kuat dan biasanya ditemui dalam siling, jubin lantai, paip air dan brek kenderaan. Asbestos satu ketika dulu dianggap sebagai bahan bangunan yang utama tetapi kini dikenali sebagai salah satu pembunuh di tempat kerja yang terbesar.

Asbestos juga termasuklah chrysotile, amosite, crocidolite, asbestos tremolite, asbestos anthophyllite, asbestos actinolite, dan sebarang daripada bahan ini yang telah dirawat dan atau diubah suai secara kimia.

Asbestos menjadi bahan berbahaya apabila ia diganggu, menyebabkan seratnya berterbangan di udara. Ini biasanya dirujuk sebagai asbestos repui, manakala asbestos yang masih dalam keadaan baik dirujuk sebagai asbestos tidak repui.

Asbestos repui bawaan udara disedut ke dalam paru-paru mereka yang terdedah kepadanya. Sehingga hari ini, penyelidik masih belum menetapkan paras selamat pendedahan kepada asbestos tetapi satu perkara yang pasti lebih lama terdedah kepadanya, lebih besar risiko mendapat penyakit berkaitan asbestos.

Sebab itulah keracunan asbestos sering dipanggil penyakit bahaya pekerjaan, kerana mereka yang biasanya bekerja dengan bahan ini kebanyakannya berisiko mendapat penyakit berkaitan asbestos.

Pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa pendedahan kepada asbestos secara meluas akan mengakibatkan wabak mesathelioma, kanser paru-paru dan asbestosis.

Di samping penyakit yang membunuh ini, panel 27 pakar yang bersidang bersama Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bukti baru bahawa asbestos menyebabkan kanser larinks dan ovari.

Lebih membimbangkan ialah ramalan oleh Dr James Leigh, Pengarah Pusat Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Sekolah Kesihatan Awam Sydney, Australia yang telah bersara, bahawa akan terdapat 5 hingga 10 juta kematian akibat kanser berkaitan asbestos menjelang 2030.

Ia juga membimbangkan bahawa agensi kesihatan antarabangsa seperti WHO, ILO dan IARC bersetuju bahawa tidak terdapat paras selamat terhadap pendedahan kepada asbestos. Walaupun begitu, bumbung bahan asbestos, paip simen asbestos dan produk mengandungi asbestos lain masih digunakan dengan meluas di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Apa yang membimbangkan kepada pengguna ialah tidak terdapat sebarang keprihatinan terhadap kesihatan mereka kerana dibekalkan dengan air melalui paip simen asbestos.

Malaysia tidak mempunyai sebarang program khusus untuk menggantikan paip simen asbestos. Malah jika terdapat sedikit bukti karsinogenisiti asbestos yang dihadamkan, langkah berhati-hati mestilah diambil dengan menggantikan paip simen asbestos lama dengan bahan gentian yang lebih selamat.

Memandangkan bahaya asbestos, 54 negara di seluruh dunia telah mengenakan pengharaman, menghadkan atau mengecualikan untuk penggunaan kecil asbestos. Di Malaysia, hanya crocidolite (asbestos biru) dilarang tetapi penggunaan chrysotile (asbestos putih), amosite (asbestos perang), tremolite, anthophyllite dan actinolite dibenarkan.

Memandangkan kepentingan untuk memelihara keselamatan awam dan pekerja yang mengendalikan asbebstos, CAP menggesa supaya diharamkan sepenuhnya bahan ini. Kami memahami bahawa kerajaan Malaysia sedang mengkaji untuk melaksanakan pengharaman tetapi apa yang membimbangkan kami ialah proses ini akan mengambil masa yang panjang.

Di samping mengenakan pengharaman ke atas asbestos, kerajaan Malaysia mestilah mewujudkan pendaftaran kebangsaan untuk asbestosis dan mesothelioma, diagnosis awal terhadap penyakit berkaitan asbestos dan melaksanakan skim pampasan pekerja.

Kerajaan juga mestilah mengadakan program pendidikan dan kesedaran asbestos untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, kontraktor, mekanik, pemasang paip dan pekerja umum mengenai bahaya asbestos dan untuk menggalakkan pematuhan terhadap peraturan dan amalan pengurusan asbestos yang selamat.

Kita juga memerlukan buruh mahir dan berpengetahuan untuk menghapuskan dan memindahkan produk yang mengandungi asbestos dengan selamat.

CAP sekali lagi menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pengharaman asbestos dan memastikan langkah yang sewajarnya diambil untuk melindungi kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

SM Mohamed Idris Okt 9, 10 1:30pmPenulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada talian tel: 04 8299511, faks: 04 8298109 atau e-mel: idrismd@tm.net.my

Saturday 9 October 2010

UPSR dikekalkan, PMR dimansuhkan

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.

"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan."

Sementara itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkenaan, beliau yang juga adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.

Muhyiddin berkata ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Katanya, satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan menjadi pilihan ramai.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
(MK)

Tuesday 28 September 2010

Sistem pendidikan sedang dicabul

Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka. Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni... (MK, Expet Sep 23, 10 9:54am)

Thursday 2 September 2010

Stephen Hawking: God Has No Role in Universe


British physicist Stephen Hawking, shown here at the World Science Festival in New York City this summer, says he's changed his mind about the role of God in the universe's creation.

LONDON (Sept. 2) -- Entering the ongoing debate between faith and science, renowned British scientist Stephen Hawking claims that modern physics has now proved that God played no role in the creation of the universe.

In a new book -- "The Grand Design," co-written with American physicist Leonard Mlodinow -- the theoretical physicist sets out to demolish Sir Isaac Newton's claim that an "intelligent and powerful Being" must have shaped the universe, which he believed could not have emerged from chaos. Hawking and Mlodinow rule out the possibility of divine intervention, saying that new theories have made the idea of a supernatural creator redundant.

"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing," the pair write, in an extract published in today's London Times. "Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the Universe going."
"The Grand Design," which goes on sale next week, is a significant shift away from Hawking's previous comments on the divine. In his 1988 best-seller, "A Brief History of Time," he suggested that it was possible to believe in the concept of God as creator and also hold a scientific view of the universe. "If we do discover a complete theory ... of why it is that we and the universe exist ... it would be the ultimate triumph of human reason -- for then we would know the mind of God," he wrote.

And in a 2007 interview, he appeared to portray himself as an agnostic. "I believe the universe is governed by the laws of science," he told the BBC. "The laws may have been decreed by God, but God does not intervene to break the laws."

Hawking now argues that Newton's assertion that the laws of nature cannot alone explain the existence of life and the universe started to fall apart in 1992, when astronomers discovered the first extrasolar planets (planets beyond our own solar system) orbiting other sunlike stars.

"That makes the coincidences of our planetary conditions -- the single Sun, the lucky combination of Earth-Sun distance and solar mass, far less remarkable, and far less compelling evidence that the Earth was carefully designed just to please us human beings," he writes. Hawking believes that other universes, as well as other solar systems, are also likely to exist. But if God's purpose was to create mankind, he wonders, why would He make these redundant and out-of-reach worlds?

Richard Dawkins, an evolutionary biologist and high-profile atheist, welcomed the book, telling the Times that Hawking had developed a theory of Darwinism for the entirety of nature, not simply the creatures that live within it. "That's exactly what he's saying," Dawkins told the paper. "I know nothing of the details of the physics, but I had always assumed the same thing."
However, religious commentators have criticized Hawking's theorizing, saying he can never hope to explain what is essentially unexplainable.

"If all the physical laws had been explained and proved -- which is a million miles from the case -- our understanding of the actions of God would not be one whit greater: his existence and his actions are of a different order," writes Quentin de la Bedoyere, science editor of the U.K.'s Catholic Herald newspaper. "Most particularly it would not touch the question of how something existing comes out from nothing. That is a question which science cannot answer, and will never answer, because nothingness is not within its domain. ... Neither [Hawking], nor you, nor I will ever explain creation, except through faith."
(Theunis Bates. AolNews.com)

RUJUK...http://www.harunyahya.com/indo/artikel/073.htm
Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela; (11) Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (12)
(سورة فصلت , Fussilat, Chapter #41, Verse #11-12)

Tuesday 31 August 2010

Enam peratus bangunan sekolah kritikal

Sebanyak enam peratus daripada 9,642 sekolah di negara ini yang diaudit oleh Jawatankuasa Audit Kemudahan Sekolah Kementerian Pelajaran dikategorikan dalam keadaan fizikal yang kritikal, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata kebanyakan sekolah dalam kategori itu terletak di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah soal pendawaian elektrik dan kekurangan kemudahan rumah guru.

Berikutan masalah ini yang turut dialami sekolah menengah, sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah.

"Laporan mengenai sekolah yang diaudit oleh jawatankuasa audit kemudahan sekolah itu sudah siap dan saya sendiri telah melawat ke beberapa sekolah itu bagi melihat ketepatan maklumat laporan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat SK Pekan Beluran di Beluran di Sabah semalam, Mohd Puad berkata laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu depan.

Dalam lawatan hari ini, Mohd Puad melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Ulu Sapi dan SMK Balaban Jaya di sini yang beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah rendah.
- Bernama

Monday 30 August 2010

Fatwa: masjid dan orang bukan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

“Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Landasan mengukuhkan fatwa

Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid.

Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).”

Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka.

Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal.

Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah).

Apapun, pandangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah.

Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid.

Kunci fatwa

Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.”

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid selain Masjidil Haram

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut.

Imam Nawawi yang merujuk hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87).

Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268).

Rumusan hukum

Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya.

Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya.

Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi.

Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam.

Sumber: Wan Nik Wan Yusoff (HD)

Friday 27 August 2010

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD



JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 25 August 2010

10 lessons

10 Lessons the Arts Teach

1. The arts teach children to make good judgments about qualitative relationships.
Unlike much of the curriculum in which correct answers and rules prevail, in the arts, it is judgment rather than rules that prevail.
2. The arts teach children that problems can have more than one solution.
and that questions can have more than one answer.
3. The arts celebrate multiple perspectives.
One of their large lessons is that there are many ways to see and interpret the world.
4. The arts teach children that in complex forms of problem solving
purposes are seldom fixed, but change with circumstance and opportunity.

Learning in the arts requires the ability and a willingness to surrender to the unanticipated possibilities of the work as it unfolds.
5. The arts make vivid the fact that neither words in their literal form nor numbers exhaust what we can know.
The limits of our language do not define the limits of our cognition.
6. The arts teach students that small differences can have large effects.
The arts traffic in subtleties.
7. The arts teach students to think through and within a material.
All art forms employ some means through which images become real.
8. The arts help children learn to say what cannot be said.
When children are invited to disclose what a work of art helps them feel, they must reach into their poetic capacities to find the words that will do the job.
9. The arts enable us to have experience we can have from no other source and through such experience to discover the range and variety of what we are capable of feeling.
10. The arts' position in the school curriculum symbolizes to the young what adults believe is important.

SOURCE: Eisner, E. (2002). The Arts and the Creation of Mind, In Chapter 4, What the Arts Teach and How It Shows. (pp. 70-92). Yale University Press. Available from NAEA Publications. NAEA grants reprint permission for this excerpt from Ten Lessons with proper acknowledgment of its source and NAEA.

Sunday 22 August 2010

GZM...feisal abdul rauf


Imam Feisal Abdul Rauf is the chairman of the Cordoba Initiative, an independent, non-partisan and multi-national project that works with state and non-state actors to improve Muslim-West relations. In this capacity, he directs projects that aim to heal conflict between Islamic and Western communities by developing youth leadership, empowering women, and engaging Islamic legal scholars in addressing the implications of contemporary Islamic governance. In 1997, he founded the American Society for Muslim Advancement (ASMA), the first Muslim organization committed to bringing American Muslims and non-Muslims together through programs in academia, policy, current affairs, and culture. As Imam of Masjid al-Farah, a mosque located twelve blocks from Ground Zero in New York City, he preaches a message of understanding between people of all creeds. Additionally, Imam Feisal sits on the Board of Trustees of the Islamic Center of New York and serves as an advisor to the Interfaith Center of New York.

Imam Feisal has appeared regularly at the Council on Foreign Relations and the World Economic Forum (Davos). He has been interviewed by and quoted in leading print media, including BBC, CNN, New York Times, Washington Post, Frontline, and Foreign Policy. His publications include the books, Islam: A Search for Meaning, Islam: A Sacred Law (What every Muslim Should Know About the Shariah), and What's Right With Islam: A New Vision for Muslims and the West, which the Christian Science Monitor rated among its five best books of 2004; as well as articles such as “The Ideals We Share” (Newsweek, July 31, 2007) and “The End of Barbarism? The Phenomenon of Torture and the Search for the Common Good” (with Rev. Dr. William Schulz in Pursuing the Global Common Good, 2007).

Born in Kuwait and educated in England, Egypt, and Malaysia, Imam Feisal holds a Bachelor of Science in Physics from Columbia University in New York and a Master of Science in Plasma Physics from Stevens Institute of Technology in New Jersey. He speaks English, Arabic and Malay.

Friday 20 August 2010

Thursday 12 August 2010

TMPT

...rileks jap...



Jangan perbodohkan mahasiswa
Mohd Shafie Hashim Ogos 6, 10 4:18pm
(MK)
Mahasiswa sekali lagi cuba diperbodohkan. Maruah mahasiswa ibarat di letak bawah tapak kasut. Langsung tidak diiktiraf dan dihormati.

Paling dikesali mereka terdiri daripada yang berjawatan tinggi, berkelulusan pendidikan tinggi namun kenyataan dan pandangan mereka terhadap entiti mahasiswa ini tidak melambangkan ciri-ciri kelimuan yang sebenar.

Pro M berpandangan Program Soal Jawab di TV3 minggu lalu yang dibarisi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan bekas Naib Canselor Universiti Tan Sri Ibrahim Abu Shah sangat wajar diteruskan. Ia mengambarkan keterbukaan media untuk membincangkan persoalan hak di media arus utama.

Namun Pro M kesal dengan beberapa kenyataan Tan Sri Ibrahim yang ternyata penuh dengan prasangka negatif terhadap mahasiswa. Sesi soal jawab yang membincangkan "Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik" itu mendedahkan kedangkalan Ibrahim dalam mebincangkan isu berkenaan.

Beliau memilih untuk menafikan hak mahasiswa untuk berpolitik. Katanya, biar habis dahulu belajar, kemudian baru boleh terlibat dalam politik.

Dalam masa yang sama beliau terlalu serkap jarang dengan mengatakan mahasiswa yang aktif di kampus adalah mereka yang anti -kerajaan (anti-establishment dan pro-pembangkang).

Pro M mencadangkan Ibrahim perlu kembali masuk belajar ke menara gading dalam bidang politik sehingga habis dan terjun dalam aktiviti kemahasiswa semula. Baru beliau akan faham dengan baik.

Ingin ditegaskan, universiti adalah medan ilmu dan medan untuk mempraktik, dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam mengurus tadbir aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri.

Tidak cukup jika mereka hanya sekadar berhempas dalam bilik kuliah, berserabut dengan tugasan yang bertimbun-timbun, berseronok dikolej dan hanya menunggu keputusan di akhir pengajian.

Mahasiswa adalah pelaburan rakyat untuk mereka ini pulang dan berbakti kepada rakyat dan negara satu hari nanti. Jika di alam kampus mereka sudah disekat untuk bebas berfikir atas kapasiti ilmu dan idelisma mereka sendiri, ini akan memandulkan nilai dan kehebatan mahasiswa itu sendiri.

Ibrahim perlu kembali memahami sejarah mahasiswa yang penuh dengan idealisma tersendiri. Sejarah dunia ini kebanyakannya di lakarkan oleh anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan.

Tidak timbul mahasiswa pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Ini kerana perjuangan mahasiswa adalah untuk menutut keadilan dan hak itu ditegakkan.

Mahasiswa adalah agen ketiga yang menjadi suara ketiga dalam mengemukan pandangan dan idea tidak kira kepada mana-mana pihak sekalipun.

Pro-M setuju dengan Saifuddin yang mengatakan bahawa bukan persoalan mahasiswa mahu pilih parti politik mana, apa baik dan buruknya, apa kesannya terlibat dalam politik. Namun perkara asas yang perlu difikirkan bersama politik itu adalah hak mahasiswa, jadi mahasiswa berhak untuk terlibat dengan politik.