Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
ARKIB (UM) : 12/07/2009
KANGAR 11 Julai - Mahasiswa perlu menyasarkan kecemerlangan akademik sebagai matlamat dan perjuangan utama mereka ketika berada di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, prestasi akademik yang cemerlang amat penting bagi membolehkan mereka merealisasikan cita-cita dan berjaya dalam hidup.
Bagi mencapai kecemerlangan berkenaan katanya, ia menuntut setiap mahasiswa bekerja lebih keras dan tidak jemu terhadap jadual kerja harian akademik.
"Kejayaan setiap individu banyak dipengaruhi kegigihannya sendiri. Salah satu kumpulan yang mesti memiliki kegigihan sedemikian ialah mahasiswa.
"Mahasiswa tidak boleh memandang mudah terhadap sukatan mata pelajaran, ini kerana keputusan setiap peperiksaan akan mempengaruhi masa depan mereka,'' katanya ketika berucap merasmikan Konvokesyen Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.
Teks ucapan Menteri Besar itu dibacakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Haron.
Md. Isa juga turut mengingatkan mahasiswa sama ada di IPT awam mahupun swasta agar memiliki semangat juang yang tinggi ketika memburu kecemerlangan akademik demi masa depan Malaysia sendiri.
"Mahasiswa sekarang merupakan sebahagian daripada generasi muda yang akan menentukan kemajuan masa depan negara.
"Justeru, adalah mustahak setiap mahasiswa memiliki tahap kecemerlangan akademik di tahap maksimum," tegasnya.
Mahasiswa tidak saja perlu mendampingi buku tetapi pada masa yang sama perlu mendampingi masyarakat melihat jerit perihnya kehidupan mereka seperti kata Usman Awang dalam sajaknya Mahasiswa Tanahair-angkat matamu dari buku lampaui dinding lampui tembok bergerak ke arah jalanraya kota.
ReplyDelete...ada sebilangan tokoh2 sarjana menyindir dan memperlekeh mahasiswa yang sedemikian...katanya,"mahasiswa kerjanya belajar sahaja di dalam universiti!, tumpukan pada pelajaran sahaja untuk menjadi cemerlang!"
ReplyDelete