IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Monday 29 March 2010

ZUNAR: Tak adil UJANG tidak dibenar menggunakan nama beliau

Sejak meninggalkan Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila kira-kira 15 tahun lalu, saya dan Ujang tidak pernah bertemu sehinggalah di Pesta Buku di PWTC Ahad lepas (28 Mac 2010).

Selama tempoh itu, Ujang mengalami jatuh bangun dalam kerjayanya sebagai seorang katunis terkenal. Setelah keluar dari Gila-Gila, beliau menyertai MOY yang dimiliki oleh Md.Othman Yusof yang menerbitkan majalah kartun UJANG. Kemudian keluar dari syarikat itu setelah berselisih faham dengan Md.Othman.

Ketika Ujang bersama MOY, nama UJANG yang digunakan oleh syarikat itu di kepala majalahnya telah didaftarkan oleh MOY. Akibatnya, melalui tindakan mahkamah, setelah keluar dari MOY, Ujang tidak boleh lagi menggunakan nama "Ujang" dalam lukisan kartunnya--yang merupakan nama pena beliau sendiri!

Dalam pertemuan di PWTC itu antara lain saya bertanya mengenai isu tersebut. Beliau menceritakan bagaimana beliau menerima puluhan saman dan injuksi mahkamah dari Md.Othman menghalang beliau menggunakan nama itu.

Saya tidak mahu mengulas sebarang masalah beliau sama ada dengan Creative Enterprise atau MOY mengenai hak cipta kerana ia adalah masalah Ujang dengan syarikat-syarikat itu.

Sementara saya akur mengenai hakcipta yang didaftar oleh syarikat, tetapi adalah sesuatu ketidakadilan sekiranya seseorang katunis dilarang menggunakan 'nama pena' sendiri.

Ujang menggunakan nama pena tersebut sejak 20 tahun lalu, lama sebelum beliau menyertai MOY. Saya rasa Md.Othman (sekarang Adun Umno Kukup, Johor), disamping menjaga kepentingan syarikatnya, tidak berhak menghalang seseorang kartunis menggunakan nama pena dalam karya atau pernerbitan lain.

Ia bertentangan dengan prinsip akta hakcipta sejagat.

Kes Ujang dalam konteks ini adalah masalah bersama yang patut mendapat perhatian setiap kartunis. Saya menggesa persatuan kartunis seperti Pekartun dan Pekomik membuat pendirian yang jelas.

Saya juga menggesa Ujang tidak hanya bersifat defensif menepis saman dari Md.Othman, tetapi sudah sampai masanya beliau melancarkan tindakan mahkamah terhadap bekas majikannya itu untuk mendapatkan kembali hak nama pena beliau. Saya percaya beliau mempunyai kes yang kuat dari segi undang-undang.(HD)

3 comments:

  1. ujang sememangnyer berbakat.....
    bakat beliau akan sntiase brkembang x kire di mane beliau berada....tp psl name pena tu memag x adil....
    go...go...go....
    fight 4 de right....!!!!!

    ReplyDelete
  2. btul2
    ujang hrus pertahankan nama panelnya...
    keadilan harus ditegakkan.

    ReplyDelete
  3. turut simpati dengan nasib beliau..

    ReplyDelete