IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com

Followers

Saturday, 11 July 2009

Galakkan anak aktif bermain

ARKIB (UM): 09/07/2009

TENTU ramai yang bersetuju bahawa udara segar, sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk anak-anak. Bagaimanapun sekerap manakah mereka diberi peluang untuk berlari bebas dan berseronok membuat apa sahaja yang mereka mahu sambil menikmati sinaran sang suria?

Ini kerana ramai ibu bapa yang tidak begitu membenarkan anak-anak berlari sebebas itu kerana bimbangkan keselamatan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Namun laporan klinikal oleh Kenneth R. Ginsburg yang diterbitkan dalam jurnal American Academy of Pediatrics menyatakan bahawa bermain merupakan penyumbang utama kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi serta kesejahteraan kanak-kanak yang turut memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak mereka.

Pendapat itu turut dipersetujui oleh Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Stanford Guo yang menyatakan bahawa bermain membolehkan kanak-kanak mencipta dan menerokai suatu dunia yang dapat mereka kuasai.

Di samping itu bermain juga mengawal rasa takut sambil berlatih menjadi dewasa. Dalam dunia tersebut, mereka memperoleh kebolehan-kebolehan baru yang membawa kepada keyakinan diri serta ketabahan yang di perlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk bermain di luar kerana ruang yang luas. Mereka boleh berlari bebas dan ini membantu mereka tidur dengan lebih lena pada waktu malam dan mengurangkan risiko obesiti.

Pakar perkembangan kanak-kanak pernah mengatakan bahawa kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar mempunyai perilaku yang lebih baik, kurang nakal serta lebih mudah dikawal.

"Dengan pelbagai sebab yang membuktikan kebaikan bermain terutamanya di luar, masih terdapat banyak sebab kanak-kanak kini jarang bermain di luar berbanding dahulu.

"Kanak-kanak masa kini sering mendapat hiburan di dalam rumah melalui televisyen dan permainan komputer.

"Mereka juga sibuk dengan aktiviti-aktiviti lepas sekolah seperti tuisyen atau kelas-kelas bimbingan, dan tiada di rumah sewaktu masa yang sesuai untuk bermain di luar (sebelum terbenam matahari).

"Tidak lupa juga golongan ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka untuk bermain di luar kerana merasakan bermain di luar tanpa pengawasan adalah tidak selamat," katanya ketika merasmikan Kempen Jom Main! Johnson's Baby Powder baru-baru ini.

Menurut Guo, Kempen Jom Main! Johnson's Baby Powder yang diadakan baru-baru ini adalah untuk menggalakkan kepentingan bermain serta aktiviti fizikal dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Pada hari tersebut, sebuah taman permainan kanak-kanak yang luas direka khas untuk ibu bapa dan anak-anak untuk menikmati aktiviti di luar rumah, serta memahami kebaikan aktiviti-aktiviti tersebut bermula daripada peringkat umur yang muda.

Acara famili yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah dianjurkan dengan kerjasama Q-dees, francais sistem pendidikan tadika, bagi menarik minat golongan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak tahap pra-sekolah.

Selain daripada menyediakan pengalaman bermain di luar rumah, Johnson's Baby Powder telah mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah portal maklumat online bagi ibu bapa mendapatkan tip-tip bermain dengan anak dengan seronok dan kreatif, agar hari minggu serta musim cuti anak-anak tidak lagi membosankan.

Portal web tersebut turut menyediakan maklumat tentang perkembangan kanak-kanak pra-sekolah, tip-tip keibubapaan serta album gambar bagi ibu bapa berkongsi detik-detik riang bermain dengan anak-anak.

No comments:

Post a Comment