IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Saturday, 11 July 2009

Tokoh akademik mahu PPSMI dimansuhkan segera

ARKIB (UM) : 09/07/2009

TANJUNG MALIM 8 Julai - Tokoh akademik mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera dan bukannya menunggu sehingga 2012.

Pemegang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, dasar itu perlu dimansuhkan dengan segera kerana PPSMI terbukti satu kesilapan.

'''Kenapa hendak tunggu sehingga 2012 baru nak dimansuhkan. Sesuatu dasar yang silap perlu ditamatkan dengan segera.

''Tidak timbul soal penganiayaan kepada pelajar dan guru yang telah melalui proses pembelajaran dan pengajaran dalam PPSMI kerana ilmu itu adalah kelebihan bagi mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas seminar Integrasi Nasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI selepas tujuh tahun dasar itu dilaksanakan sehingga menimbul pelbagai polimik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Tambah Zainal, pelajar dan guru yang telah mengikuti PPSMI tidak akan menghadapi sebarang masalah jika keputusan memansuhkan dasar itu dilaksanakan serta-merta.

Tegas beliau, langkah kerajaan melambatkan tempoh memansuhkan PPSMI hanya akan merendahkan lagi nilai ekonomi bahasa Melayu.

Turut bersetuju dengan desakan itu ialah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

Katanya, pelaksanaan dasar PPSMI adalah satu kesilapan besar kerajaan kerana membuat keputusan tanpa menimbang pandangan rakyat terlebih dahulu.

''Ini adalah pengajaran kepada kerajaan supaya tidak meminggirkan rakyat dalam membuat keputusan berhubung sesuatu dasar pada masa hadapan.

''Apatah lagi PPSMI mempunyai kaitan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, saya tetap memuji kerajaan kerana berani mengakui kesilapan lalu," jelasnya.

Menurut Shamsul, langkah menguatkuasakan PPSMI dalam tempoh tiga tahun lagi adalah sesuatu yang merugikan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.

3 comments:

  1. Jagoan Bahasa Melayu baru nak menyalak. Dulu masa Mahathir ketika dilancarkan PPSMI aku ngak nampak jagoan ini bersuara terutama Zainal Kling tu. Semuanya Kecut telur. Bila Pak Lah yang lemah masing-masi ng mengakui Jagoan Bahasa Melayu . Aku malu Pak korosaoso. Di mana Zainal Kling waktu Mahathir dulu !

    ReplyDelete
  2. bukan dia saja pak...
    ...setelah TPM confirm mansuhkan...itupun...tunggu beberapa tahun lagi..[tambah bilangan korban]...maka para-para para pun ramailah yang muncul...........

    ReplyDelete
  3. ya baginda menyokong pendapat kalian. baginda rasa PPSMI ini satu usaha yang mempunyai niat dan agenda boneka yang tersendiri. rakyat kini jauh lebih bijak dari masa lepas dan kerajaan seharusnya menyedari dan menerima situasi ini. PPSMI ini semasa permulaan pelaksanaannya, baginda lihat ianya lemah dan kurang usaha pdalam memperkasa sistem perlaksanaannya oleh itu keadaan pada hari ini yang terjadi tidak mustahil tidak boleh berlaku. apa pun yang pasti math dan sc tidak membantu student power dalam b.i tetapi b.i itu sendiri yang akan membuatkan student pandai b.i.

    ReplyDelete