IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Friday, 10 July 2009

Ibu bapa jangan pandang remeh bakat seni

ARKIB (UM) : 06/11/2008
SEORANG murid dari Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, begitu berminat melihat lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tempatan pada Pesta Seni 2008, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 5 Nov. - Pendidikan seni di sekolah perlu dipertingkatkan kerana mampu mencungkil bakat dan daya kreativiti pelajar.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim berkata, berikutan itu mata pelajaran Pendidikan Seni yang diajar di sekolah tidak boleh dipandang remeh oleh para ibu bapa.

"Hal ini kerana murid-murid di peringkat sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.

"Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Seni 2008 di Laman Seni yang terletak di pekarangan Wisma Budaya di sini baru-baru ini.

Menurut IIiyas, pendidikan seni visual memainkan peranan mengembangkan sifat kreatif melalui persepsi visual, imaginasi dan gaya pemikiran.

Serentak itu katanya, ia mampu membantu seseorang pelajar membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

"Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid-murid membina keyakinan diri, membuat serta mengenali cita rasa sendiri sebelum menceburi apa juga kerjaya kelak.

"Ia secara tidak langsung menjadikan pendidikan seni sebagai suatu pembelajaran lebih berkesan dan bermakna kepada para pelajar," katanya.

Beliau berkata, penganjuran Pesta Seni adalah suatu aktiviti yang amat bermakna kerana bukan sahaja mencungkil dan mengenengahkan bakat-bakat baru tetapi juga mengumpul warga pengkarya seni mempamerkan bakat masing-masing.

"Saya berharap, pesta ini dapat mengajak masyarakat untuk mengenali seni visual dengan lebih dekat serta memberi peluang bertemu pelukis dan karyawan.

''Mereka ini saban waktu tidak pernah kenal erti jemu untuk menghasilkan karya kreatif dan berkualiti," katanya.

Tambah beliau, Pesta Seni seperti itu perlu diteruskan sebagai acara tahunan tetap kerana berpotensi sebagai tarikan pelancong ke bandar raya ini sekali gus memajukan lagi bidang seni visual.

1 comment:

  1. Baginda rasa seni itu perlu untuk semua. cuma bila disekolah subjk seni selalu untuk student di kelas belakang. so ibu bapa harus sedar celik sahaja mata mereka pasti seni mendampingi citarasa mereka. jadi tak baik tau perlekeh seni coz seni is beautyful ever.

    ReplyDelete