Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran.
al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
Followers
Thursday, 10 September 2009
berikan tajuk yang sesuai mengikut pilihan anda...
Sahur kat umahle.Aku masak sekarang dan jarang sekali makan di warung lagipun tak sedap lebih baik makan hasil tangan ku sendiri. Sini kedai tutup waktu tu bukan macam di Tg.Malim. Tiada teman sahur sorang aje. Sedih juga ye.
Tajuk yang sesuai (kebetulan Bulan Ramadhan ini) BANGUN SAHUR
ReplyDelete...sahur kat kedai ke kat rumah?...ada teman sahur dak?
ReplyDeleteSahur kat umahle.Aku masak sekarang dan jarang sekali makan di warung lagipun tak sedap lebih baik makan hasil tangan ku sendiri. Sini kedai tutup waktu tu bukan macam di Tg.Malim. Tiada teman sahur sorang aje. Sedih juga ye.
ReplyDeletePak Kororoso cuba kunjungi blog Pengarah IPM Prof Emeritus Abdullah Hassan, dia siarkan laporan akule hari ini.
ReplyDelete...teruskan...tahniah...aku sentiasa mengikuti...laporan satu hal...tu dia minta dr bentang...bentang jgn tak bentang...
ReplyDelete