(UM)TEMERLOH 6 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi akan memperluaskan pengajaran subjek Keusahawanan Sosial ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan lebih ramai graduan usahawan pada masa akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika ini subjek berkenaan telah ditawarkan di beberapa buah universiti antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jelasnya, subjek berkenaan telah membantu usaha kerajaan mempercepatkan proses melahirkan 10,000 usahawan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Kerajaan berharap semua universiti akan dapat menawarkan subjek ini sebagai usaha melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah," ujarnya.
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bubuh ajele apa-apa subjek yang difikirkan berkenaan untuk pemerintah. Sehingga universiti sudah menjadi kilang. Kilang untuk melahirkan pekerja. Sehingga fungsi sebenar Universiti itu telah dilupakan. Esok malam kalau korang pemimpin mimpi subjek baru, siangnya akan diumumkan untuk dilaksanakan oleh universiti. Ko orang pemimpin ingat pensyarah macam kami ni kuli korang ke?
ReplyDeletepak kororoso. Baru malam ini 9 september talian brondbard ku berfungsi setelah 4 hari terputus. Mengapa tak hantar kertas kerja untuk Seminar Internasional Khazanah Senirupa Nusantara di Universiti Pendidikan Ganesha,Singaraja Tarikh seminar dah dekat 2-3 Oktober 2009. Sila klik blog rupasenirupa.blogspot.com Pak Jajang urusetianya.Terima kasih
ReplyDelete1. niatnya nak lahirkan 10 ribu usahawan 3 tahun mendatang...(melalui subjek?)
ReplyDelete...apa jadi dgn program2/fakulti yg berkaitan dgn bisnis, ushawan dan yg sama waktu dgnnya...?...sudah dikenal pasti ngapa mereka tak nak atau tak mampu jadi usahawan atau org bisnis?...gagalkah ilmu yg mereka perolehi selama empat lima tahun berkuliah?...atau yg dipelajari sehingga kini tiada satupun fakulti/program yg melatih usahawan?...atau apa sebenarnya?
2. Insyaalah...sedang dipersiapkan.
Itulah universiti tidak ada otonomi lagi ikut telunjuk pemerintah. Sepatutnya pemerintah kena ikut telunjuk Universiti, sebab di universiti bapak kepada kepala bapak bijak pandai ada di situ. Pemimpin yg ada ini had first degree aje malah pemimpin UMNO kampungan SPM pun tak lulus dah jadi KETUA BAHAGIAN.Gempaknya bukan main hebat akai letak kat kepala lutut
ReplyDelete