IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com

Followers

Tuesday, 29 November 2011

Kerajaan, korporat pinjam wang KWSP RM84 bilion

Kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi sebaliknya hanya kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dan mempunyai aset, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, berkata semua bentuk pelaburan KWSP akan dipantau dan dinilai panel pelaburan dan risiko KWSP sebagai jaminan bahawa pinjaman itu selamat.

"Keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat Kementerian Kewangan. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau). Ismail ingin tahu sama ada KWSP benar-benar memantau semua aktiviti terutama yang berisiko tinggi.

Awang Adek berkata panel pelaburan KWSP itu dianggotai beberapa pakar termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi korporat, Awang Adek berkata setakat Jun 2011 jumlah pinjaman KWSP kepada institusi berkenaan adalah RM83.7 bilion.

Beliau berkata, bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman, sebahagian besarnya adalah berjaminan kerajaan dengan RM79.41 bilion atau 95 peratus merupakan pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion adalah pinjaman institusi korporat.

Awang Adek berkata, KWSP sentiasa memastikan pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangan tinggi dan tidak bergantung kepada jaminan kerajaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment