IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Tuesday 8 September 2009

Subjek Keusahawanan Sosial di semua IPT

(UM)TEMERLOH 6 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi akan memperluaskan pengajaran subjek Keusahawanan Sosial ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan lebih ramai graduan usahawan pada masa akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika ini subjek berkenaan telah ditawarkan di beberapa buah universiti antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelasnya, subjek berkenaan telah membantu usaha kerajaan mempercepatkan proses melahirkan 10,000 usahawan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Kerajaan berharap semua universiti akan dapat menawarkan subjek ini sebagai usaha melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah," ujarnya.

4 comments:

  1. Bubuh ajele apa-apa subjek yang difikirkan berkenaan untuk pemerintah. Sehingga universiti sudah menjadi kilang. Kilang untuk melahirkan pekerja. Sehingga fungsi sebenar Universiti itu telah dilupakan. Esok malam kalau korang pemimpin mimpi subjek baru, siangnya akan diumumkan untuk dilaksanakan oleh universiti. Ko orang pemimpin ingat pensyarah macam kami ni kuli korang ke?

    ReplyDelete
  2. pak kororoso. Baru malam ini 9 september talian brondbard ku berfungsi setelah 4 hari terputus. Mengapa tak hantar kertas kerja untuk Seminar Internasional Khazanah Senirupa Nusantara di Universiti Pendidikan Ganesha,Singaraja Tarikh seminar dah dekat 2-3 Oktober 2009. Sila klik blog rupasenirupa.blogspot.com Pak Jajang urusetianya.Terima kasih

    ReplyDelete
  3. 1. niatnya nak lahirkan 10 ribu usahawan 3 tahun mendatang...(melalui subjek?)
    ...apa jadi dgn program2/fakulti yg berkaitan dgn bisnis, ushawan dan yg sama waktu dgnnya...?...sudah dikenal pasti ngapa mereka tak nak atau tak mampu jadi usahawan atau org bisnis?...gagalkah ilmu yg mereka perolehi selama empat lima tahun berkuliah?...atau yg dipelajari sehingga kini tiada satupun fakulti/program yg melatih usahawan?...atau apa sebenarnya?


    2. Insyaalah...sedang dipersiapkan.

    ReplyDelete
  4. Itulah universiti tidak ada otonomi lagi ikut telunjuk pemerintah. Sepatutnya pemerintah kena ikut telunjuk Universiti, sebab di universiti bapak kepada kepala bapak bijak pandai ada di situ. Pemimpin yg ada ini had first degree aje malah pemimpin UMNO kampungan SPM pun tak lulus dah jadi KETUA BAHAGIAN.Gempaknya bukan main hebat akai letak kat kepala lutut

    ReplyDelete