IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Saturday, 7 November 2009

Pendidikan Kanak-kanak...?

Khazanah Akan Bawa Watak Kanak-kanak Ke Taman Tema Nusajaya

JOHOR BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Watak popular kanak-kanak Barney, Thomas and Friends, Bob the Builder, dan Hello Kitty adalah antara tarikan di taman tema tertutup empat tingkat bernilai RM350 juta, yang dijadual dibuka kepada orang ramai pada penghujung 2012.

Taman itu, yang akan ditempatkan di Pelabuhan Puteri di Nusajaya, akan memakan ruang seluas 60,000 kaki persegi dan satu lagi ruang retail seluas 100,000 kaki persegi.

Ia akan juga menampilkan restoran tema keluarga yang pertama di Malaysia milik kartunis Lat.

Themed Attractions and Resorts (TAR) Sdn Bhd, sebuah subsidiari Khazanah Nasional, hari ini menandatangani perjanjian dengan HIT Entertainment Ltd, Sanrio Entertainment Ltd dan Kampung Boy Sdn Bhd.

TAR juga menandatangani perjanjian dengan the Shangri-La Hotels and Resorts bagi pembangunan Traders Hotel mengandungi 300-bilik, serta UEM Land, bagi pembinaan taman tema tertutup tersebut.

Menurut ketua pegawai eksekutif TAR Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, taman tema tertutup itu akan merupakan tarikan tambahan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

Pembinaan taman tertutup itu, katanya dijangka bermula pada pertengahan tahun depan.

"Taman tema itu membuktikan bahawa Iskandar Malaysia adalah sebuah destinasi menarik untuk keluarga dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

"Ia sebagai tambahan kepada satu lagi tarikan, berikutan penandatanganan dengan Legoland Malaysia tahun lepas," kata Tunku Ahmad Burhanuddin kepada pemberita di sini.

Sementara itu, pengarah urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar berkata, taman tema tertutup itu akan menarik laluan trafik ke Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

2 comments:

  1. Taman tema tertutup yang akan dibangunkan di Nusajaya di Wilayah Iskandar Di Johor Bahru berkemungkinan akan menjadi tarikan utama warga Singapura dari segi jarak dan masa serta nilai mata wang.

    ReplyDelete
  2. ...dengan sedemikian jumlah...mengapa tidak dipopularkan watak-watak cerita kanak2 di malaysia atau alam melayu...
    ...mengharapkan org lain menghebatkan alam melayu...tak mungkin berlaku...kerana antara kerja kita ialah menghebatkan orang lain dan segala yg datang dari omputeh...

    ReplyDelete