Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) akan menjadikan kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai medan pertama kempen pilihan raya kampus bagi 2011.
NONEPengerusi Pro-M Nasional Mohd Taufiq Abdul berkata, langkah itu memandangkan kampus berkenaan merupakan universiti pertama yang mengadakan pilihan raya bagi sesi pengajian tahun ini.
"Kita melancarkan kempen (di situ) dan turun memberikan sokongan dalam pilihan raya kampus di Unisel," katanya dalam satu sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Katanya lagi, Pro-M akan menggerakkan sekurang-kurangnya seramai 300 mahasiswa akan turun berkempen dan memberi sokongan kepada calon mereka yang menawarkan diri dalam pilihan raya berkenaan.
Katanya, proses penamaan calon di kampus Unisel ditetapkan pada 17 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 23 Januari depan.
gan zhi jie syed shafiq syed hashim and mohd taufiq abdulTarikh pilihan raya kampus bagi semua kampus di seluruh negara pada tahun ini "masih lagi di peringkat perbincangan," katanya lagi.
Bagaimanapun, pihaknya menjangkakan ia akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina – antara 17 hingga 25 Februari depan.
Tambahnya, jangkaan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada pengerusi Pro-M di semua kampus universiti.
Pada pilihan raya kampus yang tahun lalu, Pro-M menang besar selepas calon mereka memenangi tanpa bertanding 15 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan.
Seorang jurucakap pro-M dilapor berkata selepas selesai proses penamaan calon di kampus induk Bistari Jaya di Ijok pro-M menang tanpa bertanding di semua 12 kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Kemenangan besar mereka dicapai apabila pro-Aspirasi tidak meletakkan seorang pun calonnya dalam pilihan raya kampus kali ini.
No comments:
Post a Comment