IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Friday, 3 July 2009

Biarlah apa orang kata

Penghormatan Kepada,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Dan
Setiap Yang Berusaha Menjayakan Kerajaan Perpaduan.

Allahuakbar!

KERAJAAN PERPADUAN (KP): SEBUAH CETUSAN DAN TAWARAN KONSEP BIJAKSANA YANG FUTURISTIK DARIPADA PIMPINAN YANG IKHLAS DAN TAQWA

Kekalutan isu KP tidaklah seserius yang digambarkan oleh pihak media. Media tetap dengan matlamat dan peranan klasiknya. Selain daripada berperanan untuk tujuan propaganda, sekali gus merencana tentang keuntungan walaupun tanpa niat sebagai pemecah belah sesuatu kelompok tertentu. Atau mungkin disebabkan daripada kelemahan atau kurang bijak mentafsir, menterjemah sesuatu makna dan tujuan daripada pemikiran seseorang. Namun begitu, sedikit sebanyak komunikasi yang dilakukan oleh media telah mengakibatkan tekanan, terkilan, kehibaan dan keresahan dalam kalangan peminat, penyokong, pendukung dan pejuang jamaah PAS yang telah diterima secara sah oleh semua peringkat dan golongan masyarakat khususnya menerusi konsep dan slogan “PAS untuk Semua”.

Sebenarnya, penerimaan itu bukan semata-mata kerana slogan ini, tetapi wajar diakui, PAS dipilih dan diterima oleh masyarakat adalah berdasarkan kepada rekod sejarah perjuangannya yang secara jujur dan ikhlas, kuat dan tetap berpegang serta beramal dengan menjunjung konsep dan prinsip kebertanggungjawaban, keterbukaan, keadilan, keselamatan, keikhlasan dan kesejahteraan Islam untuk semua jenis manusia yang dicipta oleh Maha Pencipta.

Tidak perlu diperincikan dan diragui bahawa PAS merupakan satu jamaah (parti) siasah dan dakwah yang tidak pernah mengenali erti kegagalan dan kekecewaan. PAS menjadi semakin kuat imunitinya dengan segala sindiran dan tohmahan sama ada dari dalam atau luar. Pastinya prinsip dan tanggungjawab yang terkandung dalam tubuh PAS adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan dan keselamatan kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi. Justeru kekecewaan, marah dan dendam terhadap musuh atau pihak lawan (apatah lagi kawan) sewajarnya dibalas secara ingat mengingati dengan kesabaran, terus berjuang, doa dan tawakal kepada yang Maha Mencipta setiap sesuatu yang boleh dilihat atau tidak boleh dilihat.

Bernas dan bijaksananya konsep KP yang dicetuskan dan ditawarkan adalah mendasari kepada peranan dan tanggungjawab yang dipikul berat oleh jamaah PAS bukan atas dasar kepentingan peribadi atau individu tertentu atau dalam juzuk-juzuk tertentu. Ia melihat kepada dimensi kepentingan kehidupan bermasyarakat, bernegara dan pembinaan ummah secara keseluruhan yang bermula di dunia hingga membawa kepada natijah akhirat.

Pasti tiada penyelesaian ke arah itu jika pemerintah atau kelompok tertentu masih tetap unggul dan arogan dengan percanggahan, penipuan, kebejatan, kerosakan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kemungkaran dan yang lebih utama terus berusaha dengan menggunakan akal yang tidak dipandu oleh sumber wahyu Quran dan Hadith. Adakah nurani, sanubari dan keimanan yang ada itu redha dengan jalan kemenangan tersebut tetapi ditopengkan Islam dan di satu pihak yang lain pula (PAS) terus menyatakan dan memperjuangkan Islam juga? Dan yang ironiknya, masyarakat daripada satu generasi kepada satu generasi (puluhan tahun) ikhlas merelakan dan pastinya ada yang melupakan setelah diberikan sebarang bentuk boneka (dan sesetengahnya hanya cukup dijanjikan boneka dari tahun demi tahun hingga ke akhir hayat) dan diajak bermain bersama!

Sehingga menjadi satu kepercayaan bahawa inilah bangsa pemerintah yang unggul! Mahu pemerintah yang bagaimana lagi! Semuanya sudah mencukupi! Syukurlah! Bila bangsa maju, secara langsung Islam akan maju! Inilah doktrin dan momokan yang berakar subur hingga mengakibatkan sebilangan masyarakat terus menerus merasa damai dan selesa berada dalam kegelapan!

Soalnya, apakah PAS akan berterusan memeranginya melalui demokrasi pilihanraya? Tidak perlu sebarang bentuk perundingan atau perdamaian atau seumpamanya? Telah pernah ditipu dan telah menjadi bosan atau kecewa? Adakah tiada cara lain atau kaedah untuk menerangkan, berdakwah, mengajak, memujuk dan membuka ruang minda kepada memahami tafsiran dan terjemahan amalan kebenaran hakiki yang dibawa oleh PAS?

Jika demikian, dengan alasan ‘cukup adalah cukup’ atau ‘cukuplah setakat ini’, dikuatiri masyarakat akan terus menjadi alpa, hilang pertimbangan dan terhimpit kehidupan kesan kesibukan yang berkeceramuk, berserabut dalam penggunaan ruang pemikiran dan kehidupan kepada perkara-perkara yang melibatkan nafsu, perut dan makan! Ditambah pula dengan belaian keseronokan hedonisme melalaikan yang dianggap merehatkan atau melegakan pemikiran serabut. Tidak sempat untuk berfikir sebab akibat dengan mendalam tentang sesuatu fenomena atau gejala yang melanda, melingkari wilayah kehidupan, sosial dan budaya kerana fikiran terus mendapat jawapan bahawa itu merupakan lumrah alam. Selesakah PAS yang juga mempunyai tanggungjawab dan Allah anugerahkan amanah ke atas ummah?

Justeru wajib diusahakan, diingatkan dan dilaksanakan menurut garis panduan dan landasan yang hakiki. Berdasarkan kepada segala yang tersurat dan tersirat, inilah kemuliaan PAS. Inilah kewajipan PAS. Inilah ketinggian dan kesyumulan Islam yang menjadi pegangan dan junjungan PAS dalam memenuhi keperluan dan tuntutan kepada semua umat manusia tanpa mengira batas budaya dan pelbagai sempadan wilayah. Jelasnya, dalam kepelbagaian itu pasti wujud kesatuan dan dalam kesatuan itu pasti wujudnya kepelbagaian! Prinsip perpaduan adalah kebijaksanaan untuk menangani kewujudan situasi ini. Jika benar dapat diupayakan tentang kesepaduan dan penyatuan ummah, prinsip perpaduan juga adalah rahmat daripada yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang kepada hambanya dan sekelian makhluk yang ada di antara langit dan bumi.

PAS bukan semata-mata dijadualkan mesti memenangi pilihanraya, sentiasa bertegang urat pada musim pilihanraya, berbalah dan bercakaran sesama saudara sebangsa atau sedarah sedaging untuk mendapatkan kuasa, mengejek atau menyindir atas kelumpuhan pihak lawan yang tewas, bertepuk ria kerana mendapat rakan yang baru dan membiarkan pihak lain (dianggap atau telah dilabel sebagai degil tidak mendengar kata) dan mesti terus diperangi walau terhimpit sesak, lemas berada dalam ruang kegelapan dan tersesat. Seronokkah PAS berada dalam kelompoknya sendiri setelah lelah berusaha mengajak kepada kebenaran? Atau jadual PAS untuk tujuan dakwah telah tamat tempoh?

Sebagai sebuah jamaah siasah dan dakwah, usaha dan pengorbanan dalam siasah dan dakwah wajib terus diperjuangkan walau dengan apa cara sekalipun atau menerusi pelbagai kaedah yang diajar oleh Islam tanpa menuntut tarikh tertentu untuk kemenangan atau berkuasa. Keputusan kemenangan adalah hak mutlak milik yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi Kemenangan. Kemenangan mutlak ummah adalah kehidupan yang dipenuhi dengan amalan dan perjuangan mencari rahmat dan redha Ilahi untuk kemenangan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dalam konteks KP ini, realiti yang pasti dihayati adalah melibatkan pelbagai parti dan bangsa dalam negara Malaysia yang dicintai (bukan hanya melayu PAS dengan melayu UMNO!). Tetapi adalah diniati untuk mengangkat dan meletakkan kepentingan dustur Islam di persada yang tertinggi. Bukan dodoian retorik yang mengalpakan. Wajib dijelaskan dan dimaklumi bahawa semuanya tanpa mengira latar belakang budaya kehidupan dan aliran akan menjadi selamat dan sejahtera dengan Islam dan prinsip-prinsipnya. Tidak perlu merasa curiga dan was-was melalui rundingan persefahaman antara pihak yang mengurus dan mentadbir negara atas niat dan kepentingan pelbagai kelompok masyarakat. Bukan dipilih-pilih! Mustahil Islam tiada penyelesaian itu?

Antara perkara pokok dan penting yang perlu dimaklumi, PAS merupakan sebuah jamaah dan setiap satu tindakannya adalah berdasarkan keputusan jamaah pimpinan yang diamanahkan untuk melaksanakan amanah dan risalah Allah RabbulJalil dan kekasihnya, bukan keputusan berasaskan individu dan nafsu. Menggunung segala harapan, kepercayaan dan keyakinan ahli dalam jamaah bahawa pimpinan jamaah PAS yang lebih jelas memahami tentang prinsip-prinsip dakwah dan Islam pasti tidak akan/boleh menggadaikan dasar dan prinsip Islam itu sewenang-wenangnya. Kewajaran yang perlu diterjemahkan dan dilakukan oleh semua pihak (ahli jamaah, bukan ahli, dan semua individu yang memahami konsep dan prinsip Islam untuk semua) adalah menyambut, meraikan, mencadang dan memperkukuhkan sesuatu gagasan konsep yang positif, bermanfaat untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah, bukan menyindir, apa lagi mencerca dengan emosi gambaran meluat. Persefahaman yang bakal dirunding dan dibina adalah menjurus kepada memperindah dan memperelok sistem, prasarana dan segala wilayah persekitaran kehidupan, bukan berseronok seronok untuk tidur sebantal dan mimpi secara berasingan.

No comments:

Post a Comment