IslamiCity.com Apabila membincangkan sebarang aspek peradaban Islam, matlamat yang akhir dan dasar kreatifnya mestilah dilihat sebagai berlandaskan Al-Quran, kitab suci Islam. Budaya Islam sebenarnya “budaya Al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam abad ketujuh Masihi. Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada Al-Quran. Perkara yang juga begitu mendesak dan memaksa adalah idea-idea Al-Quran tentang alam semula jadi, tentang manusia dan semua makhluk hidup yang lain, tentang pengetahuan, tentang institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Pendeknya, semua ini meliputi setiap cabang pembelajaran dan aktiviti kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa dalam Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah, terdapat prinsip-prinsip asas bagi keseluruhan budaya dan peradaban. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip asal itu, budaya tidak dapat dibangunkan. Tanpa wahyu itu juga, mungkin tidak akan ada agama Islam, negara Islam, falsafah Islam, undang-undang Islam, masyarakat Islam mahupun organisasi politik dan ekonomi Islam. Seni peradaban Islam perlu juga dilihat sebagai pernyataan estetik yang berasaskan Al-Quran. Aspek budaya Islam ini harus dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat Al-Quran dari segi asas dan motivasi. Begitulah juga seni peradaban Islam haruslah dilihat sebagai ungkapan estetika yang sama bentuknya dalam pelaksanaannya. Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian Al-Quran. al-Faruqi. (1992). Atlas Budaya Islam.
QuranExplorer.com
rumah anak yatim
tanah impian

Followers

Friday, 3 July 2009

Personaliti, keperluan dan motivasi

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip humanistik atau kemanusiaan, pemahaman dalam konteks ini lebih menumpukan kepada perkembangan manusia yang sentiasa berkembang untuk menjadi individu yang baik. Individu yang sentiasa berkembang ke arah kebaikan dengan mengutamakan dan mengambil kira aspek personaliti secara menyeluruh. Ahli psikologi kemanusiaan seperti Carl Rogers dan Abraham Maslow menekankan tentang perkembangan personaliti manusia ke arah kesempurnaan kendiri mempunyai hubungan yang erat sesama manusia dan dengan alam sekelilingnya.

Rogers (1961) melihat manusia sebagai insan murni yang sentiasa bergerak ke hadapan untuk mencapai kesempurnaan kendiri kejadian manusia. Beliau mementingkan perkembangan positif manusia kepada nilai yang baik, murni dan menyangkal pandangan yang menganggap manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasikan. Maslow (1968) pula menyatakan bahawa manusia adalah sebagai insan yang baik, mulia dan mempunyai dorongan atau motivasi-motivasi kendiri untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.

Dengan adanya motivasi kendiri, manusia sanggup mengharungi dan melalui pelbagai rintangan untuk mencapai matlamat yang baik atau murni. Pencapaian atau perkembangan itu berlaku mengikut tahap-tahap tertentu berasaskan pengalaman atau peristiwa yang telah dilalui di masa lampau sama ada secara individu atau secara kelompok.

Manusia juga perlu kepada perhatian positif. Rogers (1961) menyatakan bahawa manusia perlu disayangi, disukai, disanjung, diterima dan dikasihani oleh orang lain. Maslow (1968) juga ada menyatakan, manusia sangat memerlukan keperluan asas untuk hidup seperti air, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain. Setelah keperluan itu tercapai, manusia berfikir tentang keselamatan untuk hidup, kestabilan, bermasyarakat dan memerlukan peraturan atau undang-undang untuk hidup. Ianya bertujuan untuk memenuhi kesejahteraan hidup dan manusia tidak boleh hidup bersendirian. Ini bermaksud, manusia itu wajar bersosial. Melalui pengalaman yang diperoleh dalam bersosial, manusia perlu kepada kekuatan, kebolehan, kehendak, status dan sebagainya. Pencapaian keperluan itu membolehkan manusia untuk punya harga diri, berkebolehan, berguna dan berjasa kepada masyarakat.

Maslow (1968) juga menambah, dengan kesempurnaan yang ada, manusia menggunakan segala kebolehan yang ada untuk melakukan sesuatu yang berguna sebagaimana dirumuskan oleh Amir (1987), bahawa setiap manusia mempunyai kebolehan, keupayaan tertentu atau tersendiri. Justeru, usaha dan kebolehan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri juga adalah berbeza. Namun demikian, ada beberapa keadaan yang berkeupayaan untuk membantu perkembangan manusia secara positif iaitu; (i) kejujuran, (ii) keikhlasan, (iii) kebenaran, (iv) penerimaan tanpa syarat, (v) perasaan ambil berat, dan (vi) pemahaman yang mendalam.
(Disertasi Ph.D.)

2 comments:

  1. Manusia sentiasa tidak pernah berpuashati, sebagaimana dakwa Maslow. Namun baegitu Maslow kurang teliti atau buat tidak mengerti terdapatnya generasi Quran yang Unik sebagaimana yang disebut oleh Sayyid Quttub dalam Fi Zilali Quran, yang sentiasa bersyukur dan amat berpuas hati dengan pemberian Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. syukur pak...dengan rahmat Tuhan untuk kita...yang lahir-lahir ke dunia aje terus menjadi muslim...

    ReplyDelete